Lagu ini dinyanyikan oleh 9w2MCX dan 9w2PGC di K5 Semabok, Melaka
Thursday, December 06, 2012
Tuesday, November 13, 2012
EYEBALL DI GESS
Semasa turun di Kuala Lumpur call pengulu di Simpang Semarak 9w2BHL nak jumpa rakan di kawasan tengah. Alhamdulillah sebelah petang ada rakan di GESS (Group Eyeball Simpang
Semarak) ada yang menanti..... Minta rakan di dalam Blog ini yg tahu Callsign rakan2 yg saya terlupa tolong lah info kan pada saya boleh masukan....
Bersama 9w2ZZD
Rakan setugas semasa di ATM
Yg depan 9w2BTL belakang 9w2CYH
9w2CYH dam 9w2DJM
9w2BHL ~ 9w2OOA ~9w2ABW ~ 9w2... lupa pula
Tak ingat lagi lah
Tak ingat lagi...
9w2JSM ~ 9w2BIZ ~ 9w2ABW dan yg belakang tu lupa lah
Bersama 9w2LIO
Peralatan dari 9w2CYH
9w2ABW ~ 9w2LIO ~ 9w2BHL
KENANGAN2 YG LALU SEMASA EYE-BALL
Salam, semua rakan yg melawati di blog ini... Agak lama juga saya tak muat naik gambar rakan2 sehingga tarikhnya terlupa. Mana rakan yg masih ingat lagi tarikh boleh info pada saya dan masukan sekali.....
Di Muar di pukat oleh 9w2ALY
9w2BYX
9w2AYL bersama XYL
Anak 9w2ABW no 3 dan no 5
9w2USM sebelum balik dari kenduri 9m2PJUdi Alor Gajah pekena 1 lagu
Kenduri Kawin 9m2PJU dibelakang 9w2MMU ~ 9w2ABW
9w2ABW~9w2USM~9m2PJU~9w2MMU
Kenduri anak 9w2LHT di Melaka Rakan yg hadir dari Johor Baru, Melaka, N9
Dipukat oleh 9w2WTQ Mak Wan dan 9w2PWT Pak Wan di Ledang, Tangkak
Bersama Pak Wan 9w2PWT di Tangkak
9w2WTQ bersama XYL 9w2ABW
Bersama Anak Mak Wan 9w2JPD
XYL 9w2JJG bersama Anak 9w2ABW
Bersama dengan 9w2JJG semasa nak pulang dari Parit Raja Batu Pahat ke Besut di Pukat di Labis
Bersama 9m2MNY dari Penang datang Labis
9w2SCQ XYL 9w2ZBV
9w2WMT semasa saya datang di Seri Kembangan
Saturday, October 13, 2012
TAKZIAH BUAT KELUARGA 9W2KKK DI SIK, KEDAH PADA 13 OKT 2012
Saya sekeluarga dan rakan2 Ham di Labis merakamkan salam takziah buat kelurga 9W2KKK di atas kembalinya rakan kita ke Rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diterima disisi Allah hendaknya. Harapan kami, keluarganya menerima dengan hati yang tabah dan bersabar dalam menghadapi sebarang musibah. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti menemui kematian. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh. Jasa dan bakti Allahyarham dalam kenangan. Amin.... Al-Fatihal Allahyarham 9w2KKK
Sunday, August 26, 2012
APABILA SANGKAKALA DITIUP
Apabila Sangkakala Ditiup..
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya
seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab.
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa
lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan
yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,
seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup
semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg
disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah
manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan
telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka
sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi
seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan
besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang
banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri,
setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang
dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang
berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala
mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari
Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi
kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka
menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW
bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik
kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana
Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak
dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui
orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu
mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,
semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya
berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s.
(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat
Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat
hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat
besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara
yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk
kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh
4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan
Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil
dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama
singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini
telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman
Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin
masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi
Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan
hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya
mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan
satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap
untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para
imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia
bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk
tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan
akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka
kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah
dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah
SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga
diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.
Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70
000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan
menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan
(titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi
orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan
masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun
menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan
api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat
mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya
seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Monday, March 26, 2012
JUMPA RAKAN
Pada 26/3/12 saya turun di Segamat dapat bertemu dengan 9w2KOO dan 9w2HSM dan terus tempat biasa lah pekena nasi berani kambing. Kena lah pada waktu nya pada t/hari dan terus makan ditaja oleh 9w2KOO.
9w2KOO ~ 9w2HSM ~9w2ABW

Pada 22/2/12 pi ke Muar di pukat oleh 9w2AYX saya berkenan dengan kenderaan ni tapi nak bawa balik ke Labis tak lepas, jadinya terpaksalah tinggal kan di Muar.....

Sunday, March 18, 2012
AKTIVITI YANG LEPAS
Pada 18/03/2012 9w2JEK bersama keluarganya datang ke rumah untuk menyerahkan kad keahlian Astra yg telah lama aku menanti begitu lama.
9w2JEK bersama keluarga.
Pada 16/03/2012 bersama dengan 9w2LSZ melawat 9w2BLM di rumah di Labis.
Pada 13/03/2012 menaiki Fari menuju ke Tanjung (Pulau Pinang) dan balik melalui Jambatan.
Penat meronda di Tajnung cari tempat makan pekena Pesembur di Padang Kota Lama.
Tu dia licin nasib baik pinggan tak jalan sekali.....
Pada 13/03/2012 saya bermalam di Padang Serai malam ke dua dan di pukat lagi oleh 9w2PJF dan rakan SWL. Terima kasih Pak Jang bila turun ke Utara boleh jumpa lagi.....
Monday, March 12, 2012
EYE-BALL RAKAN2 DI PADANG SERAI, KEDAH.
Pada 12/03/2012 saya sekeluarga bergerak ke Padang Serai, Kedah untuk bermalam di situ. Kali ni 9w2PJF memukat saya sekali lagi di lokalan nya. Pada sebelah malam jam 10 lebih saya di jemput oleh 9w2PJF untuk bertemu rakan2 di Maidin Nasi Kandar tempatnya Tmn Lagenda sebelah Tmn Mashuri dan sebelah tempat saya bermalam di Tmn Serai Wangi II. Tiba di sana 9w2WP dah menunggu dan diikuti oleh rakan2 yg lain.....
9W2PJF ~ 9W2WP ~ 9W2ABW
9W2PJF ~ 9W2EZE ~ 9W2WP ~ 9W2SID ~ 9W2ABW
Sunday, March 11, 2012
EYE-BALL DI BUKIT MERTAJAM, PULAU PINGNG.
Pada 9/3/2012 saya dapat keluar dari hospital segamat sebelah petang, dan terus balik ke rumah untuk kemas barang2. Jam 10 malam selepas makan terus kan perjalanan balik ke Bukit Mertajam tiba 5.30 pagi esok harinya. Perjalanan saya dari Labis terus tanpa henti ke Teluk Wang, Bukit Mertajam baru matikan injin kenderaan saya. Sepajangan perjalanan di teman oleh rakan ham hingga ke BM. Disini sempat saya merakam kenangan bersama-sama semasa di Bukit Mertajam. Setakat sini dulu saya catitkan nanti kemudian saya masukan nama2 rakan yg di bawah.......... Mana Callsign yg tersilap harap lah rakan dapat memperbetulkan. Masukkan Pesanan anda dilalam kotak JOM BORAK....
9W2YID ~ 9W2NLM ~ 9W2ABW
9W2ABW ~ 9W2NLM
9W2ZBP ~ 9W2PJF ~ 9W2ABW ~ 9W2 PTO ~ 9W2DBC
9W2HLM ~ 9W2XCO ~ 9W2CTT ~ 9W2SPG ~ 9W2ABW
9W2PJF ~ 9W2DHL ~ 9W2FZ ~ 9W2HLM ~ 9W2XCO
9W2ZTB
Subscribe to:
Posts (Atom)