SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Thursday, April 30, 2009

EYEBALL BERSAMA 9W2MUC DI BASE STATION 9W2HSM

9w2hsm ~ 9w2muc ~ 9w2abw
di Base Station Pak Hasnan
9w2alj ~ 9w2abw

9w2muc ~ 9w2abw




Kpd teman-teman yg Menjenguk Blog ini. Gambar kenangan semasa 9W2MUC Abg Syahrul bersama keluarganya datang ke Segamat sempat Eyeball di Base Station 9W2HSM Abg Hasnan pada 30 Apr 2002 jam 1pm. Saya sebelum tu terima sms yg mengatakan dah berada di base 9W2LNT Kak Lina di Palong Saya pun terus pasang pukat nasib baik sangkut di Base Abg Hasnan selepas Round Table pekena nasi berani gam saya meneruskan perjalanan ke Muar untuk tugasan yg lain pula.

Wasaiam, semua 73

Wednesday, April 29, 2009

SALAM TAKZIAH UNTUK 9W2TBA


Ucapan Takziah ditujukan kepada Pak Din 9W2TBA atas pemergian bonda tercinta yang telah meninggal dunia pada hari Selasa 28 April 2009 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama roh-roh insan yang soleh dan solehah. Semoga kita ditemukan di padang mahsyar dan tergolong dari kalangan orang yang memasuki SYURGA idaman hamba. Insya Allah.
Al-Fatihah........ untuk roh Allahyarhamah bonda 9W2TBA dan semua roh muslimin dan muslimah seluruh dunia. AMIN...

Friday, April 10, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum

Salam Sejahtera

Kepada rakan2 semua saya minta maaf kerana semenjak kebelakangan ni saya agak QRL dok berulang alik ke HOSPITAL dari BASE STATION. Pada 02 Apr 09 yang lepas saya membawa Ibu Tercinta ke Klinik Pekan Air Panas, Labis untuk membuat pemeriksaan mingguan. OT saya ada masalah dalaman tetapi tak tahu pula dah parah. DR yang membuat pemeriksaan telah memberi tahu pada saya yang OT saya di tahan dan di hantar ke Hospital Segamat dan di masukan ke Wad 4. Bermula hari itu lah saya berulang alik tiap2 hari macam dah jadi BASE STATION ke 2 pula. Pada permulaannya ada nampak perubahan tetapi masuk hari ke 4 OT dah mulai menurun kesihatannya. Masuk hari ke 5 OT dah mulai tak sedar (koma) sehingga hari ke 7 keadaanya bertambah teruk DR kata dah tak boleh buat apa2 lagi paru2nya sudah dijangkiti kuman hingga masuk dalam saluran darah dan terus makan ke dua buah pinggang. Pada 9 Apr 09 pagi saya mendapat pangilan dari Hospital mengatakan OT dalam keadaan tenat dan menyuruh saya datang ke hospital dengan segera. Saya memberitahu saudara mara yang terdekat untuk pergi ke hospital tapi ALHAMDULILLAH umurnya masih panjang lagi. Tetapi tak lama selepas itu, saya harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan turun di tengah hari kerana tepat jam 8 malam pada 09 Apr 09 OT menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi saya. Bermula dari itu saya kehilangan seorang Ibu Tercinta.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang sudi menghantar sms TAKZIAH kepada keluarga saya dan tak lupa juga menerima panggilan dari rakan2.

9w2aly ~ Ali
9w2dxl ~ Din
9w2alj ~ Azman
9w2mjn ~ Mohd Jan
9w2cdj ~ Din
9w2koo ~ Khamis
9m2aur ~ Aimil
9m2azz ~ Azhar
9w2btu ~ Kak Miah
9w2bhl ~ Farid
9w2ase ~ Joe
9w2jsy ~ Jamain
9w2pck ~ Choy
9w2rlw ~ Anuar
9w2mhx ~ Hemi
9w2mfw ~ Fadzal
9w2rhh ~ rahman
9w2occ ~ Hisham
9w2Riy ~ Nazari
9w2btc ~ Faizal
9w2aph ~ Fauzi
9w2jm ~ Jaini
9w2mno ~ Md Noh
9w2esm ~ Syamsul
9w2lby ~ Bai
9w2llb ~ Malazlan
9w2skg ~ Sakrani
9w2ase ~ Joe
9w2bhl ~ Farid
9w2rlw ~ Anuar
9w2acx ~ Acik
9w2hsm ~ Hasnan
9w2lvr ~ Lan
9w2edk ~ Edy
9w2jbi ~ Jamil
9w2kkd ~ Alias
9w2btc ~ Faizal
9w2tou ~ Razib/Tok Uban
swal ~ Ali dari Muar
swal ~ Johari dari JB
swal ~ Atan/Kak Zah dari Kuala Rumpin
swal ~ Sallih dari Labis
swal ~ Farid dari Muar
swal ~ Aziz dari Segaamat
swal ~ Wan dari Segamat


Kepada rakan2 semua saya minta maaf banyak-banyak kerana banyak lagi nama2 yang tidak dimasukan kerana terpadam SMS dan ada juga menerima SMS yang namanya tidak diketahui.

Mari lah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ibunda saya semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh Amin.

Tuesday, April 07, 2009

KENANGAN LALU

Semasa Eye-ball bersama dengan rakan-rakan tak kira 9w2 atau SWAL aku tak melepaskan peluang mengambil Images mereka tapi peralatan aku tak cangih sangat cuma gunakan HandSett sahaja itu pun di waktu siang dan terang kalau malam minta maaf aja lah. Mana rakan-rakan yang tiada di dalam ini saya menyusun jari sepuluh minta maaf sekali lagi Images hilang dalam simpanan.

SWAL ~ Badrul ~ Labis

SWAL ~ Zul ~ Labis

9w2zt ~ Saidin ~ Kepala Batas

SWAL ~ Nurul/Iria

9w2alj ~ Azman ~ Labis

9w2imn ~ Iman ~ Segamat

9w2ddj ~ Din ~ Segamat

9w2cab ~ Abu Nawar ~ Segamat

9w2jng ~ Jimmy ~ Segamat

9m2kma ~ Dr Khairudin ~ Mudazam Shah

9w2rtt ~ Remon ~ Segamat

9w2koo ~ Khamis ~ Segamat

9w2kka ~ Asro ~ Ulu Kinta

9w2ze ~ Zack ~ N/S

9w2kkk ~ Kusaini ~ Sik

9w2onn ~ Din ~ Melaka

9w2jnn ~ Anis ~ Melaka

9m2aur ~ Aimil ~ Melaka

9w2sgt ~ Kusairi ~ Segamat

9w2jek ~ Zaki ~ Keluang

9w2xld ~ Sah ~ Keluang

9w2ris ~ Hj Rais ~ JB

9w2ecg ~ Ew Chee Cuan ~ Batu Pahat

9w2jm ~ Jaini ~ Batu Pahat

9w2exe ~ Hazlee ~ Batu Pahat

9w2myt ~ Yusof ~ Pontian

yf5nz ~ Pak Boy ~ Pasir Pangang KARIMUN

9w2khz ~ Rizal ~ NS

9w2rzl~ Razal ~ Termeloh

9s2kvv ~ Kadir ~ Melaka

9w2skm ~ Sukiman ~ Labis

9w2tou ~ Tok Uban ~ Kuala Rompin

9w2btu ~ Kak Miah ~ Kuala Rompin

9w2lim ~ Muslim ~ NS

9s2abz ~ Hj Abd Aziz ~ NS

yg5ysn ~ Yusran ~ Tanjung Balai, KARIMUN

Sunday, April 05, 2009

EYE-BALL BERSAMA 9W2ZE & 9W2KAA D SEGAMAT CORNER

9w2ze Baju Biru dari N/S & 9w2kaa Baju Kuning dari Ulu Kinta berjumpa rakan di Segamat Corner sebelum Mobil ke Base Station> Rakan2 Segamat 9w2rtt, 9w2abw, 9w2shn, 9w2ust, 9w2imn & 9w2pck

Berita Kebajikan

Salam Takziah,

Buat keluarga 9w2JM Pak Jaini atas kembalinya kerahmatullah Bonda tercinta.

Allahyarhamah pulang kerahmatullah pada hari Jumaat 03hb Apr 2009 di Batu Pahat, Johor. Allahyarhamah mengalami masalah Jantung dan Darah Tinggi.

Di kesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan salam takziah kepada keluarga 9w2JM. Semuga Allahyarhamah tergolong dalam orang-orang yang beriman Al-Fatihah

Nota:-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Semua Rakan-Rakan Ham Sekelian.......

Setelah agak lama aku dalam bidang IT, Terbitnya blog ini merupakan satu lagi kemunculan blog-blog yang pen oh rintangan dan cabaran kerenah di arena maya blog inilah merupakan sejarah bagi aku dapat luangkan masa ntuk bercerita di blog aku sendiri. Sebenarnya aku dah lama nak menujudkan tapi tidak kesempatan kerana kesibukan masa dengan tugasan. Saya menampilkan bahan-bahan daripada rakan-rakan yang berdasarkan Radio Amator (HAM) yang mungkin dapat memenuhi cita rasa pengunjung khususnya mereka yang bergelar 9w2 ataupun SWAL

Sebenarnya masa aku untuk di intenet ini agak terhad oleh itu blog ini masih lagi kekurangan infonya. sebabnya aku bukanya pandai sangat untuk mengarang benda-benda ni. Blog ini mungkin akan diupdate dalam progess yang agak slow. Apapepun, teruskan mengikuti perkembangan blog ini. Dengan harapan segala yang baik dijadikan Panduan dan yang sebaliknya dijadikan Sempadan. Saya mohon jasa baik pengunjung untuk memberi seberang komen atau menyampaikan apa-apa cadangan untuk saya memperbaiki blog ini dari masa ke masa. Sekian Terima Kasih dan 73

Harap kita dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman di sini.

BERCERITA TENTANG RADIO AMATUR


Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?

Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan..

Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Abjad Sebutan

A - Alfa

B - Bravo

C - Charlie

D - Delta

E - Echo

F - Foxtrot

G - Golf

H - Hotel

I - India

J - Juliett

K - Kilo

L - Lima

M - Mike

N - November

O - Oscar

P - Papa

Q - Quebec

R - Romeo

S - Sierra

T - Tango

U - Uniform

V - Victor

W - Whiskey

X - X-ray

Y - Yankee

Z - Zulu

The Q Code used by Amateurs

QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - That’s all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location
73 bermaksud Salam Mesra – Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.
88 bermaksud Ciuman Mesra – Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja. Hi hi….


Sumber : Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

TERJUN BEBAS D COUNTRY CLUB SEGAMAT



Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Waalaikumussalam