SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Saturday, July 25, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA ASTRA JOHOR 2/2009

Surat jumputan mesyuarat


Sebahagian dari pada rakan2 yg hadir

JALAN-JALAN CARI PASAL DI MUAR ~ 24/07/09

9w2abw ~ 9w2 pob ~ 9w2ase
9w2ase memandu pesawatnya



Pada 24hb ke Muar tugasan mengambil XYL bergerak dari Base lepas Sembayang Jumaat tiba di Muar awal lagi XYL belum habis tugasan lagi. Lalu terus pi ke Tanjung Mas untuk menunggu masa XYL tamat tugas. Setibanya disana tak di sangka bertemu rakan dari Pelabuhan Kelang berada di Jeti Tanjung Mas dengan kenderaan airnya. Apa lagi pujuk2 dapat naik bot pusing di sungai Muar

Tuesday, July 21, 2009

EYE-BALL 9W2SDA ~ 9W2ABW DI LABIS 21/07/09

Pagi2 di jalur panjang kedengaran audio 9w2dsa QSO nak pi Johor Bahru ada tugasan disana. Semasa pergi ikut lebuh raya tak boleh berbuat apa2, balik tiba Yong Ping masuk tol ikut jalan lama saya pun pasang pukat nasib baik sangkut tapi dah lewat petang keja juga tak lah hampa penat pasang pukat seharian. Tiba di Labis dah jam 6 p.m saya mengajak 9w2dsa pekena roti canai dengan kari kambing untuk mengalas perut balik ke Kuala Lumpur. Jam 7.30 p.m kami berpisah di daratan tapi di udara tetap bertemu. Saya mendoakan semoga 9w2dsa selamat tiba destinasi yg di tuju tak tahu pula takut kena pukal pula oleh rakan2 di Segamat lagi. Jumpa dan jumpa lagi 73

Monday, July 20, 2009

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DILOKALAN 9W2ABW ~ PANAS ADA SEJUK PUN ADA

PUSAT REKREASI AIR PANAS
Pintu Masuk Kolam Air Panas
Dahulu Sekarang
Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).

Penduduk berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina mejalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan Orang Asli mendiami sebahagian Besar Kampung-kampung berhampiran. Selain daripada itu juga di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga di pekan ini terdapat dusun buah mata kucing yang banyak.

Asal Usul

Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Kawasan tersebut telah dibuka oleh Tok Tenang. Tok Tenang seorang penghulu pada ketika dahulu. Beliau menjumpai ketika membersihkan kawasan hutan untuk tujuan membesarkan kawasan Kampung Tenang.

Kolam Air Panas terbahagi kepada 4 kolam dengan kedalam yang berbeza-beza. Kawasan ini sesuai dijadikan tempat beriadah seisi keluarga. Selain itu turut disediakan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, surau, tandas lelaki dan perempuan. Selain air panas, kawasan ini dikelilingi oleh tasik buatan.

Pekan Air Panas ini diambil bersempena dengan air panas yang terdapat disini. Pekan ini juga dikenali sebangai Tenang. Pekan ini telah dibuka pada hari Khamis, 3 Disember 1806. Nama Tenang telah diberi oleh penduduk pertama yang membuka tempat ini iaitu Tuan Haji Muhammad Arifin Bin Aladin atau juga dikenali sebagai "Tok Tenang". Namun begitu, pekan ini telah dengan rasminya dinamakan Pekan Air Panas.
Misteri Kolam Air Panas

Waktu yang tunggu sudah tiba. Tuk Tenang masih bersila lagi tanpa menghiraukan anak buahnya yang lain. Sebenarnya Tuk Tenang sedang memikirkan sesuatu. Dia harus membuat keputusan yang tepat. Setengah jam kemudian, Tuk Tenang kembali merenung anak-anak buahnya. Wajahnya kembai berseri lalu dia memberi sebuah senyuman kepada semua anak buahnya. Tuk Tenang mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan bumi Segamat.
Pada hari yang ditetapkan, bersiap sedialah Tuk Tenang untuk merantau bersama dengan 30 orang keluarga anak buahnya. Tuk Tenang sendiri membawa kelima-lima anaknya yang terdiri dari Halimah, Abu Soat, Shahabudin, Hassan dan Abu Bakar. "Tuk Tenang terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya, Segamat kerana dia merasakan dirinya sudah tidak serasi dengan bumi Segamat itu," ujar Haji Ahmad Layot merupakan salah seorang dari keturunan Tuk Tenang. Menurut Haji Ahmad Layot lagi, sehingga sekarang nama Tuk Tenang sentiasa menjadi kebanggaan penduduk Kampung Tenang. Malahan nama Tuk Tenang terus bersemadi bersama-sama dengan nama kampung tersebut. Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Lebih kurang 189 tahun yang lampau. Tuk Tenang membersihkan kawasan baru itu bersama anak buahnya. Pada mulanya bumi yang baru diterokai itu tidak begitu subur. Tuk Tenang yakin bahawa segala usaha yang dilakukannya akan mendatangkan hasil. Oleh kerana itu, Tuk Tenang bercucuk tanam dan bersawah padi di Kampung baru itu. Segala yang diusahakan memberi manfaat yang besar kepada mereka. Semua tanaman termasuk padi terus menjadi-jadi. Malah zuriat Tuk Tenang terus bertambah dan berkembang sehingga ke hari ini. Tuk Tenang sendiri menjadi penghulu di kampung tersebut. Dia yang mempunyai kepandaian dalam ilmu dunia dan akhirat, jadi tumpuan anak-anak buahnya, tempat mengadu dan meminta nasihat.
Pembukaan Kampung Tenang ini sering dikaitkan dengan penemuan sebuah kolam air panas. Tuk Tenang menjumpai kolam tersebut ketika sedang membersihkan kawasan hutan untuk membesarkan kawasan Kampung Tenang.Tuk Tenang mendapati seluruh kawasan kolam itu berair. Lalu dia mengambil kata sepakat dengan anak-anak buahnya untuk membuat sawah. Setelah membersihkan kawasan berair di sekitar kolam tersebut maka jadilah kawasan sawah. Lama-kelamaan Tuk Tenang mendapati di sekitar sawahnya mengeluarkan buih seperti buih air panas yang mendidih.
Akhirnya Tuk Tenang membiarkan saja kawasan itu dan menjadikannya sebuah kawasan kolam air untuk membasuh pakaian dan bermandi manda. Selain untuk kegunaan harian, mereka juga mempercayai air panas itu boleh memulihkan sebarang jangkitan penyakit kulit. Dipercayai air panas dari kolam itu juga menyegarkan badan. Kerana cerita-cerita itulah kolam air panas jadi tumpuan seluruh penduduk berhampiran.
"Ada juga pihak yang mengatakan, suatu waktu dulu, entah bila, sebuah kapal dagangan yang membawa belerang tenggelam di dasar kolam itu. Peliknya, di sekitar kawasan air panas itu tidak ada kesan-kesan yang kolam tersebut merupakan sebuah laluan sungai. Ini sukar untuk dipercayai," terang Haji Ahmad Layot dengan nada perlahan. Dia yakin dan percaya semuanya itu adalah cerita yang ditokok tambah.
Malah dalam sejarah pembukaan kampung tersebut menunjukkan yang kolam itu telah pun ada sebelum berlakunya Perang Jementah dalam tahun 1879. Mustahil pula ada kapal yang tenggelam di dasar kolam air panas itu diputar belitkan.
Sehingga sekarang, Kolam Air Panas, di Kampung Tenang terus menjadi misteri kepada penduduk sekitar serta orang luar. Apa yang disayangkan kolam air panas itu terus terbiar sepi tanpa perubahan. Beberapa tahun lalu ada juga pihak tertentu berusaha memulihkan kolam tersebut tetapi sekerat jalan saja. Namun sehingga ke hari ini, masih ada pelawat-pelawat dari jauh datang menjenguk kolam tersebut.
Sekitar kolam air panas itu sudah dipenuhi semak samun. Titi yang dibina sudah kelihatan usang tanpa dibaikpulih. Ini sungguh merbahaya jika tidak berhati-hati ketika menggunakannya. Keluasan kolam tersebut semangkin kecil disebabkan oleh rumput rampai yang tumbuh. Jika keadaan ini tidak diambil berat oleh pihak tertentu maka akan pupuslah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada penduduk Kampung Tenang sejak dari zaman pembukaannya.Sekurang-kurangnya Kolam Air Panas di Kampung Tenang Labis, Johor ini boleh dijadikan salah satu tempat kunjungan pelancong dari luar dan akan menambahkan satu lagi kawasan rekreasi negara.

Kemudahan yang disediakan

Dari segi kemudahan infrastruktur, terdapat beberapa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti Kolam Mandi, Taman Permainan, Wakaf, Surau,Tempat Meletak Kenderaan, Kiosk @ Gerai Jualan dan sebagainya.
Surau

Tampat Beriadah

Teman Permainan

Pembangunan Yang Sedang Dalam Perancangan

Sebanyak RM1 juta telah diperuntukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 ( RMK-9 ) bagi menaiktaraf Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis. Pada masa kini pembangunan fasa pertama sedang dijalankan . Perunding Biro Inovasi Dan Perundingan , Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dilantik sebagai juru perunding . Antara perancangan pembangunan di fasa ini ialah Taman Permainan Utama, Taman Semut dan Laman Nadir ( Dusun buah – buahan )
Pokok nam – nam, Pokok kerdas, Pokok Ara, Pokok Sukun, Pokok Cempedak, Pokok Nangka, Kasai, Pulasan, Rambutan, Mata kucing, Asam gelugur, Manggis, Kandis, Binjai, Asam kundang, Kuini, Gajus, Jambu Mawar, Salam, Jambu Bol, Jambu air, Asam Jawa, Jering dan Petai

Keistimewaan Kolan Air Panas

Mengubati pelbagai jenis penyakit kulit seperti Panau, Kurap, Gatal-gatal, Kudis Buta dan sebagainya. Mengubati sakit lenguh-lenguh badan dengan merendamkan diri di dalam kolam Air Panas. Kandungan mineral yang tinggi serta suhu air panas mencecah sehingga 42°C. Air sentiasa mendidih, ini dapat dilihat dari buih-buih gelembong panas yang terhasil di dalam kolam utama. Kolam Air Panas mempunyai keistimewahan yang tersendiri sama ada dari segi berekreasi atau dari segi perubatan kerana di kolam Air Panas terdapat empat kolam yang dapat memberi keseronokkan kepada pengunjung untuk merasai nikmat Kolam Air panas. Selain itu, Kolam Air Panas, Labis merupakan salah-satunya Kolam Air Panas yang terdapat di Negeri Johor. Oleh yang demikian, Kolam Air Panas dapat memberi lebih keseronokkan kepada pengunjung kerana ia berbeza dengan tempat-tempat perkhelahan dan rekreasi yang lain yang terdapat di negeri johor, mahupun di semenanjung Malaysia.

Aktiviti yang boleh dijalankan

  • * Perkhemahan
  • * Berkelah
  • * Lawatan pelajar-pelajar ( contoh: beserta gambar )
  • * Bermandi manda
  • * Beriadah Waktu Operasi dan Caj Bayaran Masuk
    Isnin - Jumaat ~ 3.00 p.m - 7.00 p.m
    Sabtu & Ahad ~ 7.00 a.m - 7.00 p.m
    Cuti Sekolah & Cuti Am ~ 7.00 a.m - 7.00 p.m

    Caj Bayaran Masuk ke Kolam Air Panas

    Kenderaan ~ RM 1.00
    Dewasa ~ RM 1.00
    Kanak-kanak ~ RM 0.50

    Kapasiti Pengunjung:Hari Biasa : mencecah sehingga 100 orang.Hari Minggu @ Cuti Umum : mencecah sehingga 300 - 500 orang.

    Selain itu, Pokok Periuk Kera banyak terdapat di kawasan hutan di sekitar Air Panas Labis. Nama botaninya ialah Nepenthes gracilis Korth (Nepenthaceae). Nama tempatannya pula dikenali sebagai Periuk kera. Akar tumbuhan ini digunakan sebagai ubat lelah oleh masyarakat melayu. Akarnya diasah dan mendidihkannya dengan air kemenyan putih dan ditapiskan sebelum diminum airnya. Menurut kata penduduk setempat, Pokok Periuk Kera tersebut boleh digunakan sebagai bahan atau bungkusan untuk sejenis makanan yang diperbuat dari pulut dan santan. Dimana, Ia digunakan sebagai salah satu hidangan utama di Hari Raya masyarakat tempatan di Pekan Air Panas, Labis.

TAKAR MERLUH KG. TENANG

'TAKAH MERLUH' (bahasa orang asli) adalah dua nama yang berasingan dimana takah bermaksud bekas air dan merluh pula bermaksud tertidur. Sejarah Air terjun TAKAH MERLUH bermula beberapa orang asli menemui kawasan air terjun tersebut yang berbentuk seperti takah. Suasana yang nyaman itu mereka tertidur.Berikutan peristiwa tersebut orang asli menamakan air terjun tersebut TAKAH MERLUH.
Air terjun TAKAH MERLUH terbuka untuk semua tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan.Setiap tahun ada sahaja aktiviti perkelahan peringkat daerah dan luar daerah diadakan disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas,bilik persalinan, pondok rehat, pondok solat, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta. Jarak perjalanan antara Air terjun TAKAH MERLUH dengan pekan Labis adalah sejauh 17km sahaja. Air terjun TAKAH MERLUH telah di rizabkan sebagai Hutan Simpan Labis.
Hutan Lipur Takah Merluh di Hutan Simpan Labis yang merupakan hutan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Tarikan utama hutan lipur ini adalah keunikan air terjunnya yang mempunyai terjunan air yang bertingkat dan tebing yang agak tinggi. Flora dan fauna yang belum diterokai dan kekal keasliannya menggamit untuk dikaji dan dikenali sebagai khazanah alam yang tinggi nilaianya. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan Hutan Lipur ini. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Air Panas melalui Kg. Tenang. Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Thursday, July 16, 2009

KE UTARA BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG 11>15/07/09

Bertemu 9w2rie dihentian rehat Tapah


EYE-BALL RAKAN TAIPING DI KUALA SEPETANG SEMASA MENUJU KE UTARA

9w2dpt ~ 9w2onk ~ 9w2dmg 9w2onk ~ 9w2dmg

9w2onk~9w2dmg~9w2xpt~9w2vzo

9w2vzo~9w2bpt~9s2ddk~9w2dmg~9w2onk

Sedapnya tinggal bekas dan kulit aja

9w2dmg~swal azj Juren~9w2vzo

9m2azz~9w2aoc~9w2abw~9w2ohm

Eyeball 9w2mnp di Lunas

Eyeball 9w2zhk di Kulim

EYE-BALL DENGAN RAKAN SIK DAN BALING DI BATU 8 WENG PADA MALAM 14 JULY 2009




EYEBALL BERSALAMAN RAKAN2 SIK DAN BALING
  1. 9W2AXS ~ AMIRUL ~ SIK
  2. 9W2CGW ~ AZUAN ~ SIK
  3. 9W2RT ~ ABD RAHIM ~ SIK
  4. 9W2MCP ~ ISMAIL ~ SIK
  5. 9W2BLG ~ AFZAL NAEAM ~ BALING
  6. 9W2WRB ~ SHUKRI ~ WENG ROAD BALING
  7. 9W2OIB ~ SYAMSUDIN ~ SIK
  8. 9W2MPI ~ LOTFI OMAR (MAT PI) ~ SG LALANG SG PETANI (SIK)
  9. 9W2YQ ~ YAHYA ~ SIK
  10. 9W2GKL ~ FAKARURAZI MOHD NOOR ~ BALING
  11. 9W2LBB ~ ROSLAN ~ BALING
  12. SWAL ~ NURUL SITI AISHAH ~ KUPANG BALING
  13. 9W2ANI ~ ROHANI ~ KUPANG BALING
  14. 9W2DDW ~ NAJMUDDIN ~ KG WENG BALING
  15. 9W2HFZ ~ MOHD DZULHAFIZ ~ KE WENG BALING
  16. 9W2HZT ~ HAMZAH ~ KG TOK WENG BALING
  17. 9W2RDL ~ MOHD ROSNI ~ KG SRI KETENGGA BALING
  18. SWAK JAB ~ JOHARI ~ KELANG AIS BALING
  19. SWAL SCK ~ SHAHIDAN ~ KG CHAROK KAPAS
  20. 9W2AZR ~ AZHAR ~ BATU 5 SIK
  21. 9W2WRB ~ SHUKRI NIK ~ KM 5 JLN WENG
  22. 9W2WWP ~ M. HASSANIN SAID ~ KUPANG BALING
  23. 9W2CSP ~ SAIPOL ~ KUALA KETIL KEDAH
  24. 9W2IZM ~ SAZALI ~ SG DUA
  25. 9W2RXA ~ AHMAD ~ SIK
    Mana2 rakan yang tiada namanya di sini boleh infokan kepada saya boleh dimasukan kemudian ...

EYEBALL SEKALI LAGI RAKAN TAPING SEMASA HENDAK PULANG KE SELATAN

9w2abw~9w2dmg~swal azj Juren~9w2vzo 9w2occ~9w2vzo

Jam 6 pagi saya bergerak dari Labis terus ke Muar untuk mengambil XYL saya. Semasa dalam perjalanan,saya cuma memasuki jalur kormesial sahaja. Sesudah sarapan saya terus ke Melaka memasuki tol Air Keroh terus ke utara. Saya memacar ke LEDANG dapat qso 9w2bjs dan 9w2ddj. Saya terus melalui lebuh raya KLIA saya cuba memacar di jalur panjang tapi audionya tercopot-copot,saya masuk di RBC ada rakan menjawab panggilan saya 9w2par dan seterusnya 9w2gtr, 9w2mdy, 9w2lxn, 9w2rie dan 9w2why. Saya di infokan oleh 9w2rie hendak ke utara juga tapi 9w2rie baru hendak keluar dari Rawang manakala saya sudah jauh kehadapan 20km. Kata orang jodoh di tangan tuhan dapat juga bertemu 9w2rie di hentian Tapah. Saya meneruskan perjalanan ke Taiping dan bertemu dengan rakan di Taiping pula terus tango tango di Kuala Sepetang pekena mee udang disana. Selepas itu saya meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam dari Taping hujan turun dengan lebatnya sehingga ke Bukit Mertajam pada jam 0700 petang. Malamnya saya ke Taman Padang Serai Wangi 2 bermalam 2 hari di sana. Saya banyak memasuki di Repeater local Sg Petani dan malam tu ada net di kendalikan oleh 9w2hry masuk yg pertama audio tiada ton dan shift tak masuk saya ingatkan simplet dan masuk kali ke dua barulah 5 dan 9 no yg ke 14. Malam ke tiga saya bermalam di Bukit Mertajam pula dan didatangi pula 9w2mnp dan malam ke empat 14/07/09 di Jeneri dan pada malamnya ada eyeball dengan rakan Sik dan Baling dan sekitar dengannya. Pada 15hb saya mula bergerak balik ke selatan singah di Bukit Mertajam untuk mengambil barang-barang keperluan. Perjalanan lalu di Kulim saya di pukat oleh 9w2zhk. Bertolak dari BM jam 4 lalu di Juru nak cari warung Pak Su nak pekena mee ketam tapi sayangnya tak jumpa ikut GPS sama juga jalan lain yg di tunjuknya hingga tersasar jalan lama ke Ipoh. Nasib baik jumpa tol Jwi dan saya meneruskan perjalan dan sempat singgah di Taiping kali ke dua tapi kali ni ringan2 aja pekena laksa taiping tapi tak lama lebih kurang 2 jam saya bergerak balik ke selatan sebelum masuk tol di pukat dan bersalaman dengan 9w2zac sekejap aja. Dalam perjalanan tanpa henti terus ke selatan tiba Lebuh Raya KLIA saya masuk 9m4rbc disambut 9w2jiz dan 9w2rsy sampai laluan terputus, di laluan Air Keroh Melaka baru lah saya masuk jalur panjang ditemani oleh 9w2koo sehingga tiba ke Base Station jam 2.45pagi. Terima kasih kepada rakan2 di utara yg sempat eyeball. Bagi yg tidak sempat minta maaf banyak-banyak masa dan hari tidak mencukupi pada kali ini. Dan terima kasih sekali lagi pada rakan yg QSO di jalur utara sama ada di repeater atau simplet mana2 tersilap kata dan bahasa harap dimaafkan sekian 73
MAJLIS PERKAHWINAN DI TELOK WANG BUKIT MERTAJAM PADA 12 JULY 209
WALIMATUL URUS
Pada 12 Julai 2009
Bersamaan 19 Rejab 1430 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bila mata dipertemukan, Bila hati disatukan. Ku mohon cinta dikekalkan……..

Tercium Wangi Salam Pertemuan
Termeteri Sillaturahim Ikatan Rohani
Setulus Hari Kami Undangkan
Sudikan Datang Merai Majlis Ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Segala pujian bagi Allah dan
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
Telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk
mematuhiMu, bersatu memikul dakwahMu, hati-hati ini
telah mengikat janji untuk mendaulat dan menyokong
syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dengan
Cahaya RabbaniMu, limpahan iman dan
Tawakkal kepadaMu, kekalkan jodoh……
Mohd Jefri dan Norhayati
Semoga diberi Rahmat keberkatan, kebahagiaan
Di dunia dan akhirat.

Syukur ke hadrat Allah……
Semoga dilaksanakan hajat meraikan tambatan hati,
Izin berwali, ijab bersaksi insan yang dikasihi.

~ Amin Ya Rabbal A’lamin ~









Thursday, July 09, 2009

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Assalamualaikum kepada pembaca yang sedang menjenguk di blog saya ni. Saya pun tak cuba lagi baru dapat dari rakan dan muat/sumbat ke dalam blog ini.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN ~ Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2) KERETA TERKUNCI ~ Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat "ON" pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI ~ Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ’ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . (Perhatian, sesetengah model NOKIA sahaja)

4) TELEFON KENA CURI ~ Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Selamat mecuba, sekian wasalam. 73

Tuesday, July 07, 2009

MENJEMPUT KE MAJLIS PERKHAHWINAN ~ 12/07/09 DI BUKIT MERTAJAM

Assalamualaikum dengan rasa syahdu di jemput kepada rakan-rakan semua berada di sebelah Bukit Mertajam dan sekitar dengannya ke rumah Emak Suadara kepada XYL pada 12 July 2009 di alamat No 613, Kampung Telok Wang, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Semoga Allah menganugerahkan kelapangan kepada tuan. Terima kasih. 73 Wasalam....