SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Saturday, November 28, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ADIK DI KG JAWA, SEGAMAT 28~11~90

ADIK KU YG TERSAYANG

Bersama rakan2nya
Wakil lelaki dah tiba dari Serdang

Wakil lelaki dari Serdang + Shah Alam

Barang hantaran untuk pihak perempuan
Wakil lelaki tawar menawar semasa meminang

Sebelah perempuan harganya dah tetap Di Johor la ni dah mahal

Menyarung cincin merisik

Memasang rantai tangan pertunangan
Bakal adik ipar
Gambar kenangan beramai2 bersama keluarga



Sunday, November 22, 2009

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK 9W2K00

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera
Dengan rasa Syahdu, Saya menerima wakil daripada Pak Kamis bin Otman (9W2 KOO) untuk menjemput dan mempersilakan semua rakan2 Ham 9M2/9W2/SWAL seisi keluarga bagi menghadiri dan memeriahkan/menyerikan majlis perkahwinan anak beliau yang akan diadakan seperti keterangan berikut :-
Tarikh : 13/12/2009 bersamaan 26 Zulhijjah 1430H
Hari : Ahad
Masa : Bermula jam 11.00 tengahari hingga 6.00 petang
Tempat : No. 549, Jalan Cengal, Felda Medoi, 85050 Segamat, JOHOR.
Semoga Allah menganugerahkan kelapangan kepada rakan2 dan besarlah harapan agar rakan2 dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini. Semoga kehadiran rakan2 akan memeriahkan lagi majlis ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 017~7084267 (9W2KOO).

Saturday, November 21, 2009

KUNJUNGAN RAKAN SEPERJUANGAN DARI MELAKA KE BASE STATION 21

Assalamualaikum buat rakan2 yg melawati blog ini hari ini tidak disangka-sangka bertemu kembali rakan seperjuangan yg lama terputus hubungan muncul di base station ia itu Hj. Abdullah bin Hj. Isa membawa hajat dan menjemput ke majlis perkahwinan anak perempuan. Lama tak jumpa rupanya dah pi haji dan jadi imam 1 di Pantai Rombang. Alamat sahabat di Bt 9, Pantai Kundur, 76400 Tg Kling, (Solok Hassan Yasin), Melaka. Pada hari Sabtu 12/12/09 saya turun ke Melaka lah.
Tarikh dan waktu dalam gambar terlupa nak ditukarkan





Ya Allah Ya Tuhanku... Pasrahkanlah Padanya Dengan Takdirmu........
Sesungguhnya Apa Yang Telah Engkau Takdirkan Adalah Terbaik Buat Ku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui.... Segala Yang Terbaik Buat Hamba Mu Ini..
Kurniakanlah Aku Seorang Pasangan Yang Beriman....
Supaya Rashdan dan Idayu Sama-Sama dapat Membina Kesejahteraan Hidup..
Ke Jalan Yang Engkau Redhai.....
Dan Kurniakanlah Padanya Keturunan Yang Soleh........
Sekapur Sireh Seulas Pinang
Menjadi Santapan Si Gadis Melayu
Idayu Dan Rashdan Akhirnya Ke Jinjang
Semoga Berkekalan Hinga Ke Anak Cucu.