SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Saturday, June 27, 2009

RAJA SEHARI CIKGU MOHD KHIR PADA 27~06~2009

"Ya Allah Ya Tuhan Kami"
Rahmatilah & berkatilah kedua pasangan pengantin ini serta semoga keduanya hidup bahagia selamanya dimuarahkan rezeki mereka, panjangkan unur mereka dan hidup dalam peliharaanMu jadikan rumah tangga mereka seperti seindah rumahtangga Adam dan Hawa a.s, setabah Ibrahim & Hajar a.s, sebahagia Yusuf & Zulaikha a.s, sesetia Sulaiman & Balqis a.s, serta sesuci Muhammad s.a.w & Khadijah a.s, dekatkanlah mereka kepada kebaikan, jauhkanlah mereka kepada keburukan dan kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat.
"Amin Ya Rabbal Alamin"
curi-curi semasa dia nyam-nyam

9w2abw ~ 9w2moo dan SWAL kak nora

Bersama-sana rakan dari Segamat

Bersama-sama rakan-rakan Muar

Bersama-sama rakan Muar

9w2boo~9w2llb~9w2edo~9w2trr dari Segamat

Salam.... semua rakan-rakan saya dapat satu undangan majlis perkahwinan rakan radio kita masih SWAL lagi pada 27~06~09 di Kampung Kesang Tasik, Sungai Mati, Muar Johor. Ramai rakan-rakan yang hadir tapi ramai yang tak bertemu kerana nak cepat bergerak ke Melaka pula. Kita doa kan semoga berkekalan sampai ke anak cucu. 73

Wednesday, June 17, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKHAHWINAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.
Saya mewakali daripada 9w2wbp dan 9w2rmk menjemput kepada semua rakan2 ham di Segamat dan Labis seketar denganya ke base station yang terdapat pada kad jemputan.

Jemputan yang empunyai diri 9w2rmk pada 28 Jun 2009 bersamaan 5 Rejab 1430 Hijrah di Lot 2310, Batu 20 1/2 Jeram, 45800 Kuala Selangor, Darul Ehsan


Jemputan Adik kepada 9w2 wbp pada 12 Jul 2009 bersamaan 19 Rejab 1430 Hijrah di Dewan Orang Ramai Yong Peng, Batu Pahat, Johor


Wasalam, sekian 73

Saturday, June 13, 2009

TERLANTAR DI HOSPITAL SEGAMAT 09 ~ 12/06/2009

Assalamualaikum, kepada rakan2 ku semua pada 09/6/09 pergi ke Hospital Segamat rutin biasa cuma badan letih dan tak bersemangat nak melakukan kerja2 seharian. Pergi cuma minta ubat sahaja tapi lain jadinya di tahan wad 3 . Ingatkan 1 atau 2 hari tunggu punya tunggu lain macam aja Dr tak berkata apa2 pada saya. Oleh kerana terlalu lama berada di wad jadi terpaksa minta izin untuk keluar awal dari tarikh yg diberikan oleh Dr. Rayu punya rayu dapat juga keluar pada 12/6/90 jadinya 4 hari juga saya berada di Wad. Sekian Wasalam 73
Semasa rakan2 datang melawat 9w2tcd sempat merakam gambar semasa di wad untuk dijadikan kenangan abadi.


Pada 12/06/09 saya dibenarkan keluar dan terus ke Muar menjemput XYL. Setibanya di Muar saya terus ke Tanjung Mas dan menaiki bot bersama harmonic untuk menenangkan fikiran.

Friday, June 12, 2009

KENANGAN SEMASA KONVOI UTARA/PANTAI TIMUR KE SEGAMAT ~ 07/06/2009

Berita Di Sinar ~ Konvoi Utara Selatan
Di ambil dari blog 9w2hlm

Bersama 9w2zxz
Bersama 9w2als
Bersama 9w2onk
Bersama 9w2occ
Bersama 9w2hlm
Bersama 9w2sqv di Batu Pahat
Hadapan 9w2abw~9w2ibs~9w2abv
Belakang 9w2xco~9w2tbd~9w2alj
9w2koo bersama 9w2dmg


9w2skm ~hs9kkx ~ 9w2alj bersama rakan dari Pantai Timur
9w2abw ~ 9w2zet ~ 9w2hlm ~ 9w2als ~ 9w2zxz
Rakan2 ham dari Utara~Tinur~Melaka dan N9
Sebelum bergerak ke Batu Pahat sempat bergambar beramai cuma yg ni aja nak bergambar yg lain dengan Eyeball tak habis2 lagi.

Friday, June 05, 2009

UNDANGAN KE MAJLIS EYEBALL BERSAMA RAKAN2 UTARA / TIMUR /TENGAH / N9 / MLK

Di jemput kepada semua peminat-peminat radio amatur yang bercallsign dan swal-swal di dalam Daerah Segamat supaya hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini yang julung-julung kalinya di adakan di selatan Johor.

Tarikh : 07.06.09 ( ahad )
Qth : Pusat ko-kurikulum ( cawangan segamat ) bersebelahan Sek Dato Bentara Dalam Segamat.
Ketibaan konvoi : Dijangka 11.00 pagi
Kekuatan konvoi : 70 jalopy

Jemputan ini terbuka kepada semua rakan-rakan yang menyertai mana-mana persatuan radio amatur di Malaysia ataupun rakan-rakan dari kelab radio komersial. Inilah masa dan ketikanya kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Di sini juga saya membuka peluang kepada mana-mana rakan Daerah Segamat yang berminat untuk menyertai terus konvoi ini ke parit raja Batu pahat, sila berhubung dengan 9w2imn untuk urusan pengesahan sebelum 07.06.09.

Bagi rakan-rakan yang berkelapangan di jemput hadir pada 06.06.09 ( sabtu ) untuk majlis gotong royong


Ucapan tahniah juga di ucapkan kepada 9w2zxz ( saudara azam~Timbalan pengurus Astra Johor ) di atas kelahiran harmonic yl pada 04.05.09 jam 12.30pm di Hospital Sultanah Aminah Johot Bahru.

73.

Salam hormat penuh takzim dari :
9w2imn
Setiausaha konvoi Utara / Timur ke Selatan Daerah Segamat / Selatan.

Thursday, June 04, 2009

KENJUNGAN 9W2DMA DI BASE STATION PADA 04 JUN 09


Assalamualaikum
Sekali lagi bertemu lagi dengan 9w2dma Dato Roslan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing ikut jalan lama saya pukat semasa lalu Labis. Pukat mengena terus bawa ke Base Station saya di Pekan Air Panas, Labis.
Sekian Wasalam 73

Monday, June 01, 2009

JADUAL PERJALANAN KONVOI RKN2 UTARA / TIMUR KE SELATAN NEGERI JOHOR DARUL TAAZIM ~ 07.06.09


SCHEDULE PERJALANAN KONVOI UTARA / TIMUR KE SELATAN NEGERI JOHOR DARUL TAA’ZIM


NO : MASA : LOKASI :

1. 08.00 AM / 09.00 AM ~ KONVOI AKAN BERGERAK DARI MELAKA MENUJU KE SEGAMAT MELALUI LEDANG / TANGKAK ~ JEMENTAH DAN BANDAR SEGAMAT.
( PIC : 9W2IMN / IMAN ~ SEGAMAT ).

2. 10.00 AM / 11.00 AM ~ KONVOI DI JANGKA TIBA DI SEGAMAT BERTEMPAT DI PUSAT KO-KURIKULUM / SEK MEN KEB DATO BENTARA DALAM.

ALAMAT ~
PUSAT KO-KURIKULUM,
SEK MEN KEB DATO BENTARA DALAM,
JALAN GENUANG, SEGAMAT,
JOHOR. / LOKASI ~ ( N 02’ 29.626 / E 102’50.561 ).

STANDBY FREQ ~ LOCAL REPEATER SEGAMAT / SIMPLEX
9M4RSG / 147.650 T.88.5 M.0.600
SIMPLEX V18
( PIC : 9W2RSY / RISI ~ SEGAMAT ).
( 9W2SHN / SALIM ~ SEGAMAT ).

- Majlis suaikenal / ramah mesra / makan tengahari.
- Solat Zohor.
- Ucapan dari Pengurus Astra Negeri Johor Darul Taazim.
- Ucapan wakil konvoi.
- Penyampaian cenderahati / sijil penghargaan.
- Forum Majlis Tertinggi Astra Pusat bersama Astra Johor Darul Taazim.
- Majlis bergambar
- Majlis bersurai.
( PIC : 9W2IJN / IZAN ~ SEGAMAT ).
( SWAL LIN ).


3. 02.00 PM / 03.00 PM ~ KONVOI AKAN BERGERAK DARI SEGAMAT MENUJU KE BATU PAHAT MELALUI LABIS ~ CHAAH ~ YONG PENG ~ AIR HITAM DAN PEKAN PARIT RAJA.
( PIC : 9W2ABW / PAK WAHAB ~ SEGAMAT )
( PIC : 9W2BRA / ADIF ~ BATU PAHAT ).

4. 04.00 PM / 05.00 PM ~ KONVOI DI JANGKA TIBA DI PEKAN PARIT RAJA BERTEMPAT DI KUARTERS PERTANIAN PARIT RAJA, BATU PAHAT.

ALAMAT ~
KUARTERS PERTANIAN PARIT RAJA,
PEKAN PARIT RAJA,
BATU PAHAT,
JOHOR.

STANDBY FREQ ~ SIMPLEX V56
( PIC : 9W2BPQ / KAK RAHMAHWATI ~ BATU PAHAT ).

- Majlis suaikenal / ramah mesra / minum petang
- Majlis bergambar
- Majlis bersurai.
- ( PIC : 9W2BPQ / KAK RAH ~ BATU PAHAT ).


5. 06.00 PM / 06.30 PM ~ KONVOI AKAN BERGERAK DARI PEKAN PARIT RAJA MENUJU KE PEKAN AIR HITAM ( membeli cendermata / aktiviti bebas ) SETERUSNYA MEMASUKI PLAZA TOL AIR HITAM / KLUANG MENUJU PULANG KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.
( PIC : 9W2BRA / ADIF ~ BATU PAHAT ).

PERJALANAN KONVOI TAMAT DI SELATAN TANAH AIR. RAKAN- RAKAN SELATAN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN DAN BERHATI-HATI SEMASA DALAM PERJALANAN.