SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpa Bravo Wishkey)!

Saturday, December 05, 2009

PERISTIWA2 DI BULAN DISEMBER `09`

9w2bpq berkunjung ke Base Station 13/12/09



9w2twh ~ 9w2plg dari Bera Pahang swal abg balam dari Labis dan 9w2abw semasa eye-ball di Labis
9w2dyr bertemu semasa turun di JB
SUASANA SEMASA MAJLIS KENDURI KESYUKURAN /DOA SELAMAT / BACAAN YASSIN

MASUK JAWI/BERKATAN/BERSUNAT HORMONIC YG KE 4 DIHOSPITAL SEGAMAT
SELAMAT HARI LAHIR HORMONIC YG KE 5 MASUK 3 TH

Saturday, November 28, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN ADIK DI KG JAWA, SEGAMAT 28~11~90

ADIK KU YG TERSAYANG

Bersama rakan2nya
Wakil lelaki dah tiba dari Serdang

Wakil lelaki dari Serdang + Shah Alam

Barang hantaran untuk pihak perempuan
Wakil lelaki tawar menawar semasa meminang

Sebelah perempuan harganya dah tetap Di Johor la ni dah mahal

Menyarung cincin merisik

Memasang rantai tangan pertunangan
Bakal adik ipar
Gambar kenangan beramai2 bersama keluarga



Sunday, November 22, 2009

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAK 9W2K00

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera
Dengan rasa Syahdu, Saya menerima wakil daripada Pak Kamis bin Otman (9W2 KOO) untuk menjemput dan mempersilakan semua rakan2 Ham 9M2/9W2/SWAL seisi keluarga bagi menghadiri dan memeriahkan/menyerikan majlis perkahwinan anak beliau yang akan diadakan seperti keterangan berikut :-
Tarikh : 13/12/2009 bersamaan 26 Zulhijjah 1430H
Hari : Ahad
Masa : Bermula jam 11.00 tengahari hingga 6.00 petang
Tempat : No. 549, Jalan Cengal, Felda Medoi, 85050 Segamat, JOHOR.
Semoga Allah menganugerahkan kelapangan kepada rakan2 dan besarlah harapan agar rakan2 dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini. Semoga kehadiran rakan2 akan memeriahkan lagi majlis ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 017~7084267 (9W2KOO).

Saturday, November 21, 2009

KUNJUNGAN RAKAN SEPERJUANGAN DARI MELAKA KE BASE STATION 21

Assalamualaikum buat rakan2 yg melawati blog ini hari ini tidak disangka-sangka bertemu kembali rakan seperjuangan yg lama terputus hubungan muncul di base station ia itu Hj. Abdullah bin Hj. Isa membawa hajat dan menjemput ke majlis perkahwinan anak perempuan. Lama tak jumpa rupanya dah pi haji dan jadi imam 1 di Pantai Rombang. Alamat sahabat di Bt 9, Pantai Kundur, 76400 Tg Kling, (Solok Hassan Yasin), Melaka. Pada hari Sabtu 12/12/09 saya turun ke Melaka lah.
Tarikh dan waktu dalam gambar terlupa nak ditukarkan





Ya Allah Ya Tuhanku... Pasrahkanlah Padanya Dengan Takdirmu........
Sesungguhnya Apa Yang Telah Engkau Takdirkan Adalah Terbaik Buat Ku..
Kerana Engkau Maha Mengetahui.... Segala Yang Terbaik Buat Hamba Mu Ini..
Kurniakanlah Aku Seorang Pasangan Yang Beriman....
Supaya Rashdan dan Idayu Sama-Sama dapat Membina Kesejahteraan Hidup..
Ke Jalan Yang Engkau Redhai.....
Dan Kurniakanlah Padanya Keturunan Yang Soleh........
Sekapur Sireh Seulas Pinang
Menjadi Santapan Si Gadis Melayu
Idayu Dan Rashdan Akhirnya Ke Jinjang
Semoga Berkekalan Hinga Ke Anak Cucu.

Saturday, October 17, 2009

RUMAH TERBUKA DEEPAVALI/ HARI RAYA ~ 17/10/09

LOKASI DI TAMAN BUNGA RAYA BUKIT BERUANG, MELAKA.
Sister Hanida ~ Sister Menaka ~ Sister Zeliha
Bersama tuan rumah

LOKASI DI RUMAH OT 9W2IPD TAMAN SERI MANGGA2, POKOK MANGGA, MELAKA 9w2ipd ~ 9w2abw
LOKASI KEDAI HIJAU, BUKIT KATIL, MELAKA
Semasa mengambil makanan untuk nyam2

Satu dua patah ucapan semasa cabutan bertuah

Cabutan 001 dimenangi oleh 9w2zl

9w2tvm ~ 9w2abw ~ 9w2mcx ~ 9w2znl

9w2ecc ~ 9w2abw

9w2lxn ~ 9w2ecc ~ 9w2abw ~ 9w2jjx

9w2dxn ~ 9w2abw 9w2... ~ 9w2jjx
9w2ecc ~ 9w2lxn

9w2jjx berduet dengan 9w2edo

Sunday, September 27, 2009

PERISTIWA2 DI HARI RAYA 2009

Di pagi raya, di pusara ibu tercinta.
Selepas sembahyang sunat hari raya, berpossing bersama harmonic.



Bersama ibu kandung tercinta.


Kenangan bersama keluarga sebelah ibu di Segamat.
Bersama kakak yang berada di Kluang.
9W2JJX
Bersama rakan semasa bertugasan di ATM dari Meru, Klang.

9w2abw~9w2alj~9w2blg~9w2lbs di base station 9w2alj.
9w2riy~9w2abw~9w2alj.
EYE-BALL HARI RAYA BASE KHAIRUL
(OWNER KEDAI HIJAU, BUKIT KATIL, MELAKA) 11/10/2009
9w2abw ~ Swal Khairul
9w2abw ~ Swal Khairul
Harmonic 9w2mtt ~ 9w2qtt (XYL 9w2mtt) ~ XYL 9w2abw
Harmonic 9w2abw ~ XYL 9w2usm ~ 9w2lza (XYL 9w2pfs) 9w2abw ~ 9w2usm
9w2tvm ~ 9w2pgc9w2tvm ~ 9w2pgc ~ 9w2abw
XYL 9w2usm ~ 9w2lza wajahnya terlindung 9w2pfs ~
9w2abw ~ 9w2mtt ~ 9w2kkd
RUMAH TERBUKA 9W2CMC DI SEGAMAT ~ 3/10/09
9w2jjx~9w2abw~9w2cmc
9w2tmq~9w2zsm
9w2imn~9w2jjx~9w2cmc
9w2tmq~9w2zsm
DI BASE STATION 9W2ABW ~ 4/10/09
9w2ess ~ WTEK
WTZP ~ 9w2mav
Harmonic 9w2lby ~ WTDY 9w2lby ~ WTRI ~ WTTA
9w2kvv ~ 9w2tba
9w2hsm ~ 9w2moo
Harmonic 9w2lby ~ 9w2kvv ~ 9w2acx
9w2ess ~ 9w2zch ~ 9w2edo
9w2acx
9w2zch ~ WTFW ~ 9w2ess
WTKJ ~ 9w2lyx
XYL dan Harmonic 9w2acx EYE-BALL HARI RAYA BASE PAK SALLEH (WTMB)
GAMBAR DI TERIMA DARI 9W2JJX
wtmc ~ 9w2abw/wtbw ~ wt ro ~ 9w2acx/wtac ~ 9w2tba/wtba
9w2abw ~ 9w2moa (XYL 9w2moo dan Harmonic) 2
wtkl ~ 9w2abw/wtbw ~ 9w2moa (ramlah) ~ 9w2jjx (noorra) ~ 9w2 kvv/wtvv ( pak kadir)9w2zzs (ckg aziz)/wtzi.... gune spender d mulut tuuuuhhh...WTKL..... marsyal penunjuk dan pengiring konvoi...
Swal Raime ~ 9w2abw ~ 9w2moa wt ax....peace dari ROMPIN... cak....
9w2jjx ~ 9w2hsm ~ swal Raime (WTRI) ~ 9w2abw
pak nan (9w2hsm/wthh ~ 9w2abw/wtbw) salam selamat ari raye, maaf zahir and batin....
9w2jjx ~ 9w2abw ~ 9w2moa2 Harmonic dan XYL 9w2lby ~ 9w2sgt
JAMUAN UNTUK JIRAN TETANGGA ~ 6/10/09 JAM 0800 PM
9w2ase.


9w2ase eye-ball di Labis dan gambar2 di atas di beri oleh 9w2ase
untuk di letakkan ke dalam blog.

Ya Allah Ya Tuhan Kami
''Jadikanlah rumahtangga kedua mempelai ini seindah
rumahtangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar,
sebahagia Yusuf dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis,
dan sesuci Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Murahkan
rezeki mereka, panjangkan umur mereka dekatkan mereka
kepada kebaikan, jauhkan mereka dari keburukan dan
kurniakan mereka kesenangan dunia dan akhirat.''
~Amin Ya Rabbal Alamin~

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan
" Selamat Hari Raya Aidilfitri "
Maaf Zahir & Batin...
Jika ada terkasar bahasa yang tak disengajakan atau
memang di sengajakan aku pohon ribuan kemaafan...
Mana ada yang terminum & termakan jugak minta dihalalkan ye !!!

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN ~ SALAM PERTEMUAN AIDILFITRI

Selamat Tinggal Ramadhan, Salam Pertemuan Aidilfitri

Ramadhan rupanya akan meninggalkan kita buat sekian kalinya. Mudah-mudahan dipanjangkan umur untuk menghadiri madrasah Ramadhan pada tahun akan datang.

Ramadhan mengajar diri menjaga disiplin-disiplin yang telah ditetapkan oleh ALlah dan Rasul-Nya untuk diikuti dan dihayati. Perginya Ramadhan sebagai satu penilaian kepada diri kita samada semakin baikkah akhlaq yang selama ini dilentur ataupun natijahnya tetap juga sama apabila tiba sahaja bulan-bulan lain.

Aidilfitri yang jatuh pada 1 Syawal adalah hari kemenangan, hari kegembiraan. Di hari ini diharamkan untuk umat Islam berpuasa untuk meraikan hari kemenangan melawan hawa nafsu dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Apabila Penyimpan Mohor Besar telah membuat pengumuman mengenai jatuhnya 1 Syawal pada keesokan harinya, marilah kita bersama-sama bertakbir kemenangan samada di masjid, surau ataupun dengan keluarga di rumah. Kita membesarkan ALlah, mengucapkan syukur kepada-Nya.

"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu engagungkanAllah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.(Surah Al-Baqarah : 185)

Berpagi-pagi di Aidilfitri, mandi sunat aidilfitri, memakan kurma, pakailah pakaian yang terbaik (cantik dan kemas) dan bersegera menuju ke masjid. Apabila pergi lalulah di jalan lain, dan semasa pulang ikutlah pula jalan lain.

Dari Anas ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak keluar pada waktu pagi Raya Fitrah sehingga ia makan terlebih dahulu beberapa biji kurma. Seterusnya Anas menceritakan bahawa Baginda memakan kurma itu dalam bilangan ganjil. (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Adab-adab menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Selepas habis sahaja mendengar khutbah selepas Solat Sunat Aidilfitri,bermaaf-maafanlah sesama ahli masjid, surau, ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai serta semua saudara seIslam. Begitulah, kita ini terkadang tersilap tafsir - bahawa meminta maaf setahun sekali, sedangkan sepatutnya apabila sahaja berlaku khilaf mintalah maaf sesama kita. Jika ada benci, buanglah sejauh-jauhnya. Hidup ini amat singkat hanya untuk bermusuh-musuhan.

Firman Allah Subhanahu Wataala dan Surah Al-Hujuraat ayat 10 tafsirnya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Ziarahilah antara kita untuk mengeratkan tali persaudaraan, bersalam-salaman, mungkin selama ini sudah terputus lama hubungan. Tidak kedengaran khabar berita, maka di hari mulia ini adalah titik permulaan untuk bersatu kembali kerana ALlah.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-ImamAl-Bukhari yang bermaksud:"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu dari NabiSallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah iamenghormati tetamunya dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan HariAkhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.

Jika hendak ziarahi kubur ikutilah adab-adabnya, beri salam, mendoakan ahli kubur, membaca al Quran (dan berdoa mudah-mudahan pahala dari bacaan al Quran dapat disedekahkan kepada ahli kubur). Jiruslah air di atas kuburan serta menaburkan dengan bunga dan dedaunan yang masih basah. Kepada wanita Islam yang beriman - tolonglah tutup aurat, bukan sahaja semasa solat, bahkan juga sepanjangmasa yang wajib untuk menutupinya.

Dan elok juga diperingatkan buat diri dan semua umat Islam, marilah kita berpuasa enam hari selepas 1 Syawal.

Dari Abi Ayub Al-Ansari Radiallahuanhu, ia menceritakan bahawa RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang berpuasa pada bulanRamadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun". (Riwayat Al-Imam Muslim).

Sunday, September 06, 2009

Penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran)

PENGENALAN

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab :

”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus.

Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :

* Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
* Kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
* Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

Monday, August 24, 2009

MENCARI JIRAN YG HILANG

video

Nama: SITI HADIJAH BINTI JAMIL

Umur: 21 Tahun

Alamat: No 10 Jalan Awang, Pekan Air Panas, 85300 Labis, JOHOR.

Tarikh Hilang: 24 Ogos 2009

Kejadian: Beliau hilang pada 8.30 pagi. Beliau keluar rumah untuk urusan kerja, tetapi tidak pulang sampai sekarang. Beliau masih belum dapat dikesan lagi. Beliau bertubuh kecil dan bermata sepet di sebelah kiri. Pakaian yang di pakai sewaktu keluar rumah berbaju putih, berseluar jeans dan bertudung putih dan membawa beg tangan berwarna coklat.

Jika ada sesiapa yang berjumpa atau melihat beliau sila hubungi di talian 07~9288267 dan 017~7512580.

Sekian terima kasih kpd rakan2 yg monitor di blog ini. 73

Monday, August 17, 2009

SALAM CONTACT PERDANA KPD 9W2CEE ~ 16 OGOS 2009

Salam semua rakan yg Menitor di blog ini pada 16hb kawan pi ke Felda Pemanis 1ada majlis perkahwinan saudara disana. Kawan tiba lebih kurang jam 12 tengahari jemputan dah mula ramai tempat nak letak kereta mula penuh. Cari punya cari ada satu tempat kosong dan bersebelahan sebuah kereta ber Call-Sign 9w2cee. Apa lagi kawan carilah tuan punya kereta dan jumpa bersalaman Pak Arab bertambah lah satu lagi rakan ham.

Bismillahirrahamanirrahim
Kau limpahkanlah rahmat jua
keampunan Mu kepada
pengantin suami isteri. Berkatilah
majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan hingga
pengakhirnya. Sesungguhnya
petemuan ini adalah dengan
izin Mu. Kurniakanlah
keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah
menghadapi setiap dugaan Mu,
mudah-mudahan perkongsian hidup
yang dibina berkekalan hingga ke
akhir usia dangan taufik dan
hidayah Mu beruntunglah kedua-
duanya dalam kehidupan di dunia
dan di akhirat....
Selamat Datang Menjamu Hidangan,
Makanlah Hidangan Apa Yang Ada,
Jadikanlah Ianya Satu Kenangan,
Mana Yang Kurang Janganlah Dicerca.

Wednesday, August 12, 2009

SEJARAH RAMADHAN

SEJARAH RAMADHAN
* Ramadan: ertinya panas terik
* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)
Kelebihan Bulan Ramadhan
* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.
Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan
* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
* Kepada Orang Tua yang lemah
* Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
* ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar
* Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
* Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Bersihkan badan / mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran
NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik
Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampudan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.
Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.
Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baikbulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.
*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll).
Insyaallah.Wallahu a ' lam.

Saturday, August 08, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MUAR ~ 07/08/09

Pentang jumpa meja mesti nak pekena aja

SWL Rasid
SWAL Ali
SWAL Allen Goh
Salam Sejahtera... Rakan2
Pada 07 Ogos jam 0900 bergerak dari lokalan ke Muar cuma jalan2 cari makan aja. Niat di hati tak mahu rakan2 di Muar tahu kehadiran ke Muar tapi tersilap jalur lepas dipantau oleh rakan2. Ingatkan nak pi kejap aja tapi telah dipukat jawabnya petang juga balik ke Bas Station. Sekian rakan2 info kali ini wassalam.......

Saturday, July 25, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA ASTRA JOHOR 2/2009

Surat jumputan mesyuarat


Sebahagian dari pada rakan2 yg hadir

JALAN-JALAN CARI PASAL DI MUAR ~ 24/07/09

9w2abw ~ 9w2 pob ~ 9w2ase
9w2ase memandu pesawatnya



Pada 24hb ke Muar tugasan mengambil XYL bergerak dari Base lepas Sembayang Jumaat tiba di Muar awal lagi XYL belum habis tugasan lagi. Lalu terus pi ke Tanjung Mas untuk menunggu masa XYL tamat tugas. Setibanya disana tak di sangka bertemu rakan dari Pelabuhan Kelang berada di Jeti Tanjung Mas dengan kenderaan airnya. Apa lagi pujuk2 dapat naik bot pusing di sungai Muar

Tuesday, July 21, 2009

EYE-BALL 9W2SDA ~ 9W2ABW DI LABIS 21/07/09

Pagi2 di jalur panjang kedengaran audio 9w2dsa QSO nak pi Johor Bahru ada tugasan disana. Semasa pergi ikut lebuh raya tak boleh berbuat apa2, balik tiba Yong Ping masuk tol ikut jalan lama saya pun pasang pukat nasib baik sangkut tapi dah lewat petang keja juga tak lah hampa penat pasang pukat seharian. Tiba di Labis dah jam 6 p.m saya mengajak 9w2dsa pekena roti canai dengan kari kambing untuk mengalas perut balik ke Kuala Lumpur. Jam 7.30 p.m kami berpisah di daratan tapi di udara tetap bertemu. Saya mendoakan semoga 9w2dsa selamat tiba destinasi yg di tuju tak tahu pula takut kena pukal pula oleh rakan2 di Segamat lagi. Jumpa dan jumpa lagi 73