SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Wednesday, March 07, 2012

LEWATAN RAKAN PADA 07032012

Pada 07/03/2012 lebih kurang jam 1pm rakan Ham kita dari Johor Baru yg bertugas di Klang, Selangor melawat saya bersama abg balam 9w2BLM bersama keluarganya. Terima kasih Abg Razali kerana sudi datang di Hospital Segamat... 73
9W2ABW ~ 9W2GND ~ 9W2TDF
9W2GND Abg Razali bersama keluarga dan 9W2TDF Kak Donna

Sunday, March 04, 2012

RAKAN YG MELAWAT PADA 04/03/2012

Pada hari ini hari Minggu iaitu hari Ahad 4/3/12 hari bercuti ramai lah sudara mara dan sahabat handai yg bukan Ham yg datang melawat. Cuma rakan Ham aja saya masukan blog ini. Pada jam 3 pm rakan dari Kepulauan Karimun, Indonesia datang melawat saya di Hospital Segamat di bawa oleh 9w2AYX Abg Ali dari Batu Pahat. Kerana waktu lawatan dah tamat cuma 3 org boleh naik untuk melawat pesakit atas budi bicara. Selepas melawat 9w2BLM terus melawat saya pula. Terima kasih rakan dari seberang datang. 4 rakan lagi tak dapt naik iaitu 9w2AYX Abg Ali , 9w2POB Abg Osman, 9w2MKZ Cikgu Khairul dan 9w2BYX Abg Ijan. 9w2AOR Abg Arif dapat naik waktu melawat jam 5.
YF5OR ~ YF5YSN ~ YF5NZ

Saturday, March 03, 2012

RAKAN2 YG MELAWAT 03/03/2012

Pada hari ini didatangi oleh rakan ham dari jauh dan dekat. Terima kasih lah rakan yg sudi datang melawati hamba ni yg terlantar di Wad 3 Hospital Segamat.
9W2LHT Cikgu Mohd Han dari Kandang, Melaka datang jam melawat 6pm
9W2AOR Abg Arif dari Medoi, Segamat datang jam 1 pm

Thursday, March 01, 2012

RAKAN MELAKA DAN CHAAH DATANG MELAWAT

Terima kasih Abg Sham 9w2XYT dari Melaka berseorangan diri aja sudi melawat kami berdua iaitu Abg Balam 9w2BLM dan saya 9w2ABW berada di Hospital Segamat.. Abg Sham datang tepat waktu melawat jem 12 lebih hingga 2 petang pada 1/3/2012.
Pada hari yg sama cuma waktu jam 6 petang 9w2MWY Cikgu Maszwandy dari Chaah datang juga melawat di wad 3 selepas melawat Abg Balam 9w2BLM di wad 7. Terima kasih cikgu sudi datang...... 73

Sunday, February 26, 2012

SAYA DI LAWATI RAKAN2 PULA DI HOSPITAL SEGAMAT

Pada 27/02/2012 saya telah di tahan di wad 3 kalau tidak duduk sekatil dengan Abg Balam nasib dia di wad 7. Sebenarnya saya tak boleh pi ke Hospital itu hari melawat Abg Balam lepas tu pula Abg Balam melawat saya pula.... Tak tahu pula kena tahan perapa hari di hospital ini....


MELAWAT RAKAN DI HOSPITAL SEGAMAT

Salam, Rakan2 pada 15/02/12 rakan ham kita ia itu Abg Kamarudin (Balam) telah terlibat satu kemalangan jalan raya di Labis. Dia sihat cuma kakinya patah dan telah dibaik pulih. Kita semua dapat medoakan supaya kesihatan Abg Balam cepat sembuh seperti sedia kala...... Saya sempat melawat pada 25/02/2012 bersama rakan2 dari JB turun sekali ke Segamat bersama keluarga iaitu 9w2HOZ dan 9w2UDD

KENJUNGAN RAKAN HAM

Pada 32/02/2012 ada rakan dari Banting, Selangor datang ke lokalan saya di Pekan Air Panas nama nya Mohd Fauzi 9w2 lupa pula nanti saya ingatkan kembali.. Datang ke lokalan saya ada tugasan juga dan siap mandi air panas. Minta maaf abg Fauzi tak sempat singgah di rumah...

Thursday, January 19, 2012

9W2JEK

Pada 19/01/2012 jam 0530 petang, rakan ni dari Keluang, Johor datang di Base Station saya. 9w2JEK dapatlah bersalaman didaratan dah lama tak bertemu dengan dia.. Terima kasih Abg Zek kerana sudi singgah di rumah lain kali kalau lalu di Labis singgah lah lagi......

Wednesday, December 21, 2011

EYEBALL RAKAN DARI DUNGUN KE LABIS

Pada 22/12/2011 jam 10 lebih malam dapat bertemu dengan 9w2WNA (Wan) dan XYL nya 9w2WZA (Niza) ada tugasan di Johor Baru dan apabila nak pulang ke Dungun lalu di Labis dapatlah memukat beliau di info oleh 9w2BLM (Balam) pekena di tempat 9w2MBJ (Sallah). Kerana kesuntukan masa Abg Wan nak teruskan perjalan jauh lagi ke Dungun lebih kurang hampir jam 12 bersalamam perpisahan dan jumpa lagi....

Monday, December 19, 2011

WALIMATU URUS 9W2BJR

Pada 18/12/2011 berlangsungnya majlis walimatul urus 9w2BJR Abg Eman. Berlangsung di rumah rakyat Bekok Johor. Saya bersama rakan2 dapat menghadiri mjlis tersebut daripada malam sehingga lah ke majlis tersebut.


9w2RGR~9w2WMG~9w2ABW~9w2CYH~SWAL


9w2WMG dan 9w2PLG
9w2BJR bersama 9w2ABW selepas berinai

Saturday, December 10, 2011

EYE=BALL

Pada 13/12/2011 jam 0440 petang dapat memukat rakan dari kawasan tengah (Cheras) telah datang ke Segamat dapat bertemu di Gerai Royaha pekena sarapan petang. Rakan tu ialah 9w2NNR Abg Sahar tapi perjumpaan tak lama kerana dia ada tugasan yg lebih penting terpaksa ambil masa yg singkat untuk bertemu setelah bersalam arab didaratan saya terus haluan masing2. Sekian......
Pada 9/12/2011 jam 1530H dapat memukat 9W2AGU bersama XLY dari Simpang Pulai Ipoh bergerak dari selatan ke utara melalui jalan lama tiba di Labis terus pasang pukat sangkut. Dapat bersalaman arab didaratan tapi masa terhad Cikgu Khalid (YB) nak meneruskan ke utara melalui Segamat dan seterusnya. Terima kasih Cikguu Khalid atas perjumpaan kita lain kali datang lah di Base Station saya di Pekan Air Panas 73 Cikgu Khalid....
Pada 8/12/2011 jam 10 pagi dapat bertemu dengan 9W2TNY Abg Katini yang bergerak dari utara ke selatan melalui Labis di pukat oleh 9W2BLM Abg Balam itu pun tak lama juga sibuk dengan tugasan masing2. Terima kasih Abg Katini dapat bertemu didaratan lain kali boleh jumpa lama2....

Sunday, November 27, 2011

TINGGAL KENANGAN

Ini dia kereta kesayangan ku MITSUBISHI TREDIA 1400 GL tahun 1084 yg ku miliki dari tahun 1994 sehingga sekarang dijaga dengan baik dari segi badan hingga ke enjin boleh di gunakan lagi cuma cukai jalan dah tamat tempoh. XYL bercadang untuk melelong kereta ini memandangkan ianya tak digunakan lagi tersimpan aja digeres boleh lah di isikan dengan kereta XYL yang dok hujan dan panas tiada tempat berteduh. Pada 26/11/2011 kawan dari Taman Sri Pagoh, Muar datang sebut harga minta RM600.00 saya malas nak cakap banyak lalu bersetuju menjual untuk maklumat katanya nak buat besi buruk saya pun tak tahu tapi surat jual beli dah ditandatangani. Geran kereta masih tersimpan pada saya lagi.
Yang Pertama sebelum keDua dan Ketiga
Berhehat sebelah Naza yg ke Ketiga dan ke Dua Wira
Perakuan Pendaftaran Kenderaan dari JPJ

TETAMU KU 9W2TLX

Pada 24/11/2011 rakan tak pernah jumpa dari Keluang, Johor nak ke Segamat telah singgah ke rumah sebelah petang. 9w2TLX Md Zain bersama keluarga dapatlah berkenalan lebih dekat lagi. Terima kasih Abg Md Zain kerana sudi singgah di rumah lain kali kalau lalu di Labis singgah lah lagi......
Bersama 9W2TLX
9W2TLX bersama keluarga

Tuesday, November 22, 2011

ANTENNA

Salam semua rakan yg melawati di blog ini, Alhamdulillah pada 22/11/2011 sebelah petang saya bersama rakan2 baru (SWAL) bergotong royong mendirikan semula antenna di Base Station yg telah tumbang lama hampir 3 bulan. Ada Rakan baru di lokalan aku seramai 4 orang berjenak dengan radio anatur Insya-Allah saya akan didik mereka sehingga dia mendapat AA nanti.




Wednesday, November 09, 2011

KENANGAN LALU.....

BERSAMA 9W2RIO
BERSAMA 9W2JSM
ROUND TABLE DI ANJUNG FELDA JLN SEMARAK
9W2JMN ~ 9W2NIE ~ 9W2ABW
BERSAMA 9W2TBD
BERSAMA 9M2TRX

9W2PCK ~ 9W2ALJ
9M2DA ~ 9W2ABW ~ 9M2QQ
BERSAMA-SAMA RAKAN2 PANTAI TIMUR
BERSAMA 9W2ZZD