SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Sunday, April 05, 2009

Nota:-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Semua Rakan-Rakan Ham Sekelian.......

Setelah agak lama aku dalam bidang IT, Terbitnya blog ini merupakan satu lagi kemunculan blog-blog yang pen oh rintangan dan cabaran kerenah di arena maya blog inilah merupakan sejarah bagi aku dapat luangkan masa ntuk bercerita di blog aku sendiri. Sebenarnya aku dah lama nak menujudkan tapi tidak kesempatan kerana kesibukan masa dengan tugasan. Saya menampilkan bahan-bahan daripada rakan-rakan yang berdasarkan Radio Amator (HAM) yang mungkin dapat memenuhi cita rasa pengunjung khususnya mereka yang bergelar 9w2 ataupun SWAL

Sebenarnya masa aku untuk di intenet ini agak terhad oleh itu blog ini masih lagi kekurangan infonya. sebabnya aku bukanya pandai sangat untuk mengarang benda-benda ni. Blog ini mungkin akan diupdate dalam progess yang agak slow. Apapepun, teruskan mengikuti perkembangan blog ini. Dengan harapan segala yang baik dijadikan Panduan dan yang sebaliknya dijadikan Sempadan. Saya mohon jasa baik pengunjung untuk memberi seberang komen atau menyampaikan apa-apa cadangan untuk saya memperbaiki blog ini dari masa ke masa. Sekian Terima Kasih dan 73

Harap kita dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman di sini.

BERCERITA TENTANG RADIO AMATUR


Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?

Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan..

Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Abjad Sebutan

A - Alfa

B - Bravo

C - Charlie

D - Delta

E - Echo

F - Foxtrot

G - Golf

H - Hotel

I - India

J - Juliett

K - Kilo

L - Lima

M - Mike

N - November

O - Oscar

P - Papa

Q - Quebec

R - Romeo

S - Sierra

T - Tango

U - Uniform

V - Victor

W - Whiskey

X - X-ray

Y - Yankee

Z - Zulu

The Q Code used by Amateurs

QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - That’s all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location
73 bermaksud Salam Mesra – Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.
88 bermaksud Ciuman Mesra – Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja. Hi hi….


Sumber : Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

No comments:

Post a Comment