SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Friday, April 10, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum

Salam Sejahtera

Kepada rakan2 semua saya minta maaf kerana semenjak kebelakangan ni saya agak QRL dok berulang alik ke HOSPITAL dari BASE STATION. Pada 02 Apr 09 yang lepas saya membawa Ibu Tercinta ke Klinik Pekan Air Panas, Labis untuk membuat pemeriksaan mingguan. OT saya ada masalah dalaman tetapi tak tahu pula dah parah. DR yang membuat pemeriksaan telah memberi tahu pada saya yang OT saya di tahan dan di hantar ke Hospital Segamat dan di masukan ke Wad 4. Bermula hari itu lah saya berulang alik tiap2 hari macam dah jadi BASE STATION ke 2 pula. Pada permulaannya ada nampak perubahan tetapi masuk hari ke 4 OT dah mulai menurun kesihatannya. Masuk hari ke 5 OT dah mulai tak sedar (koma) sehingga hari ke 7 keadaanya bertambah teruk DR kata dah tak boleh buat apa2 lagi paru2nya sudah dijangkiti kuman hingga masuk dalam saluran darah dan terus makan ke dua buah pinggang. Pada 9 Apr 09 pagi saya mendapat pangilan dari Hospital mengatakan OT dalam keadaan tenat dan menyuruh saya datang ke hospital dengan segera. Saya memberitahu saudara mara yang terdekat untuk pergi ke hospital tapi ALHAMDULILLAH umurnya masih panjang lagi. Tetapi tak lama selepas itu, saya harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan turun di tengah hari kerana tepat jam 8 malam pada 09 Apr 09 OT menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi saya. Bermula dari itu saya kehilangan seorang Ibu Tercinta.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang sudi menghantar sms TAKZIAH kepada keluarga saya dan tak lupa juga menerima panggilan dari rakan2.

9w2aly ~ Ali
9w2dxl ~ Din
9w2alj ~ Azman
9w2mjn ~ Mohd Jan
9w2cdj ~ Din
9w2koo ~ Khamis
9m2aur ~ Aimil
9m2azz ~ Azhar
9w2btu ~ Kak Miah
9w2bhl ~ Farid
9w2ase ~ Joe
9w2jsy ~ Jamain
9w2pck ~ Choy
9w2rlw ~ Anuar
9w2mhx ~ Hemi
9w2mfw ~ Fadzal
9w2rhh ~ rahman
9w2occ ~ Hisham
9w2Riy ~ Nazari
9w2btc ~ Faizal
9w2aph ~ Fauzi
9w2jm ~ Jaini
9w2mno ~ Md Noh
9w2esm ~ Syamsul
9w2lby ~ Bai
9w2llb ~ Malazlan
9w2skg ~ Sakrani
9w2ase ~ Joe
9w2bhl ~ Farid
9w2rlw ~ Anuar
9w2acx ~ Acik
9w2hsm ~ Hasnan
9w2lvr ~ Lan
9w2edk ~ Edy
9w2jbi ~ Jamil
9w2kkd ~ Alias
9w2btc ~ Faizal
9w2tou ~ Razib/Tok Uban
swal ~ Ali dari Muar
swal ~ Johari dari JB
swal ~ Atan/Kak Zah dari Kuala Rumpin
swal ~ Sallih dari Labis
swal ~ Farid dari Muar
swal ~ Aziz dari Segaamat
swal ~ Wan dari Segamat


Kepada rakan2 semua saya minta maaf banyak-banyak kerana banyak lagi nama2 yang tidak dimasukan kerana terpadam SMS dan ada juga menerima SMS yang namanya tidak diketahui.

Mari lah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ibunda saya semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh Amin.

No comments:

Post a Comment