SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Wednesday, May 13, 2009

KE KUALA LUMPUR


Bersama 9w2rro di Jalan Kuching, KL

9w2dpt ~ 9w2abw ~ 9w2wmt ~ 9w2pga di Sg Besi


XYL 9w2abw ~ 9w2pga di Restoran Anjung Selera, Sg Besi, KL






Eye-ball Restoran Anjung Selera Sg Besi, KL

Pada 13 Mei 2009 jam 07.00 pagi saya bersama XYL bertolak dari Labis, Johor ke Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan saya di temani oleh rakan-rakan QSO di jalur panjang (ASTRA) iaitu 9w2ibs~9w2ooa~9w2prp~9w2pdt~9w2kkd~9w2ji~9w2zzd. Setibanya di Tangkak saya berhenti bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Apabila memasuki Lebuh Raya Utara Selatan saya masuk semula ke jalur panjang dan QSO pula bersama 9w2moo~9w2aif~9w2sda~9w2rro~9w2lxn~9w2eja~9w2mhg. Sekitar jam 11.30 pagi saya tiba di Tol Sg Besi, kemudian saya terus memasuki Jalan Duta untuk ke Jalan Kuching. Disana saya di pukat oleh 9w2rro tetapi cuma sekejap aja kerana ada tugasan yang belum diselesaikan. Selepas itu saya bertolak ke DBKL Jalan Ipoh tetapi tersalah jalan saya cuba memacar Repeater 9M4RBC dan 9w2rro sebagai pemandu arah ke Jalan Ipoh semula. Selepas itu saya ke Lokasi Base Station kedua saya di Permata Fadason Jalan 2/17, Off Jalan Kepong,KL. Setelah selesai tugasan saya bergerak ke Bandaraya ke Jalan Mesjid India kerana XYL hendak membeli barang keperluannya. Lebih kurang jam 01.00 petang hujan turun dengan lebatnya ,disana saya menerima banyak SMS dari rakan-rakan untuk Eye-ball tetapi saya terpaksa menolaknya kerana tiada masa nak cepat balik itu pun 9w2dma dan 9w2mhg ajak bersama balik ke Selatan itu pun tak kesempatan mereka dah bergerak dahulu. Pada rakan-rakan Markas W70 Damansare....... terima kasih saya ucapkan. Semasa berangkat pulang ke Johor sempat singah di Bandar Tasik Selatan 9w2pdt dan di Sungai Besi kerana sehaluan. Lebih kurang 5.40 petang saya bertolak dari Kuala Lumpur dan menuju ke Johor. Beberapa gambar yang sempat saya rakam semasa eyeball.
Sejarah Kuala Kumpur.

Pemandangan bandaraya Kuala LumpurKuala Lumpur (Jawi: كوالا لومڤور) (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah beratap rumbia kepada bangunan moden seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi kawasan seluas 243.65 km2 dan terbahagi kepada 3 daerah : Kuala Lumpur (pusat bandar) Cheras SetapakDari segi Geografi, kedudukan sebenarnya adalah 3°08Utara, 101°42 Timur. Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Dijadikan Wilayah Persekutuan sejak tahun 1972 dan diasingkan daripada negeri Selangor.Bangunan Sultan Abdul Samad.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga boleh dibahagikan secara politik kepada 11 kawasan parlimen :- Bandar Tun Razak Batu Bukit Bintang Cheras Kepong Lembah Pantai Segambut Seputeh Setiawangsa Titiwangsa Wangsa Maju.
Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur mempunyai rangkaian jalan raya komprehensif yang menghubungkannya ke destinasi lain di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang tunai ataupun melalui sistem pembayaran elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch 'n Go.Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan terbang utama serta Lapangan Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi, kereta api dan kereta api. Sistem rel cepat di Kuala Lumpur terdiri daripada Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian Keretapi Tanah Melayu.Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di Malaysia

No comments:

Post a Comment