

Sebahagian dari pada rakan2 yg hadir
(REPEATER LOCAL 9M2RAJ ~ 146.6875/-600/103.5) (REPEATER SEGAMAT ~ 147.675/-600/88.5) (REPEATER LINKING LEDANG ~ 147.9875/-600/103.5) (REPEATER JASRA LEDANG ~ 147.700/-600/127.3) (SIMPLEX V18 SEGAMAT/LABIS ~ 145.2250)



Pada 24hb ke Muar tugasan mengambil XYL bergerak dari Base lepas Sembayang Jumaat tiba di Muar awal lagi XYL belum habis tugasan lagi. Lalu terus pi ke Tanjung Mas untuk menunggu masa XYL tamat tugas. Setibanya disana tak di sangka bertemu rakan dari Pelabuhan Kelang berada di Jeti Tanjung Mas dengan kenderaan airnya. Apa lagi pujuk2 dapat naik bot pusing di sungai Muar
Pagi2 di jalur panjang kedengaran audio 9w2dsa QSO nak pi Johor Bahru ada tugasan disana. Semasa pergi ikut lebuh raya tak boleh berbuat apa2, balik tiba Yong Ping masuk tol ikut jalan lama saya pun pasang pukat nasib baik sangkut tapi dah lewat petang keja juga tak lah hampa penat pasang pukat seharian. Tiba di Labis dah jam 6 p.m saya mengajak 9w2dsa pekena roti canai dengan kari kambing untuk mengalas perut balik ke Kuala Lumpur. Jam 7.30 p.m kami berpisah di daratan tapi di udara tetap bertemu. Saya mendoakan semoga 9w2dsa selamat tiba destinasi yg di tuju tak tahu pula takut kena pukal pula oleh rakan2 di Segamat lagi. Jumpa dan jumpa lagi 73
Sekarang
Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).
Tampat Beriadah
Teman Permainan
Pembangunan Yang Sedang Dalam Perancangan
Sebanyak RM1 juta telah diperuntukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 ( RMK-9 ) bagi menaiktaraf Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis. Pada masa kini pembangunan fasa pertama sedang dijalankan . Perunding Biro Inovasi Dan Perundingan , Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dilantik sebagai juru perunding . Antara perancangan pembangunan di fasa ini ialah Taman Permainan Utama, Taman Semut dan Laman Nadir ( Dusun buah – buahan )
Pokok nam – nam, Pokok kerdas, Pokok Ara, Pokok Sukun, Pokok Cempedak, Pokok Nangka, Kasai, Pulasan, Rambutan, Mata kucing, Asam gelugur, Manggis, Kandis, Binjai, Asam kundang, Kuini, Gajus, Jambu Mawar, Salam, Jambu Bol, Jambu air, Asam Jawa, Jering dan Petai
Keistimewaan Kolan Air Panas
Mengubati pelbagai jenis penyakit kulit seperti Panau, Kurap, Gatal-gatal, Kudis Buta dan sebagainya. Mengubati sakit lenguh-lenguh badan dengan merendamkan diri di dalam kolam Air Panas. Kandungan mineral yang tinggi serta suhu air panas mencecah sehingga 42°C. Air sentiasa mendidih, ini dapat dilihat dari buih-buih gelembong panas yang terhasil di dalam kolam utama. Kolam Air Panas mempunyai keistimewahan yang tersendiri sama ada dari segi berekreasi atau dari segi perubatan kerana di kolam Air Panas terdapat empat kolam yang dapat memberi keseronokkan kepada pengunjung untuk merasai nikmat Kolam Air panas. Selain itu, Kolam Air Panas, Labis merupakan salah-satunya Kolam Air Panas yang terdapat di Negeri Johor. Oleh yang demikian, Kolam Air Panas dapat memberi lebih keseronokkan kepada pengunjung kerana ia berbeza dengan tempat-tempat perkhelahan dan rekreasi yang lain yang terdapat di negeri johor, mahupun di semenanjung Malaysia.
Aktiviti yang boleh dijalankan
Waktu Operasi dan Caj Bayaran Masuk
Selain itu, Pokok Periuk Kera banyak terdapat di kawasan hutan di sekitar Air Panas Labis. Nama botaninya ialah Nepenthes gracilis Korth (Nepenthaceae). Nama tempatannya pula dikenali sebagai Periuk kera. Akar tumbuhan ini digunakan sebagai ubat lelah oleh masyarakat melayu. Akarnya diasah dan mendidihkannya dengan air kemenyan putih dan ditapiskan sebelum diminum airnya. Menurut kata penduduk setempat, Pokok Periuk Kera tersebut boleh digunakan sebagai bahan atau bungkusan untuk sejenis makanan yang diperbuat dari pulut dan santan. Dimana, Ia digunakan sebagai salah satu hidangan utama di Hari Raya masyarakat tempatan di Pekan Air Panas, Labis.TAKAR MERLUH KG. TENANG
'TAKAH MERLUH' (bahasa orang asli) adalah dua nama yang berasingan dimana takah bermaksud bekas air dan merluh pula bermaksud tertidur. Sejarah Air terjun TAKAH MERLUH bermula beberapa orang asli menemui kawasan air terjun tersebut yang berbentuk seperti takah. Suasana yang nyaman itu mereka tertidur.Berikutan peristiwa tersebut orang asli menamakan air terjun tersebut TAKAH MERLUH.
Air terjun TAKAH MERLUH terbuka untuk semua tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan.Setiap tahun ada sahaja aktiviti perkelahan peringkat daerah dan luar daerah diadakan disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas,bilik persalinan, pondok rehat, pondok solat, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta. Jarak perjalanan antara Air terjun TAKAH MERLUH dengan pekan Labis adalah sejauh 17km sahaja. Air terjun TAKAH MERLUH telah di rizabkan sebagai Hutan Simpan Labis.
Hutan Lipur Takah Merluh di Hutan Simpan Labis yang merupakan hutan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Tarikan utama hutan lipur ini adalah keunikan air terjunnya yang mempunyai terjunan air yang bertingkat dan tebing yang agak tinggi. Flora dan fauna yang belum diterokai dan kekal keasliannya menggamit untuk dikaji dan dikenali sebagai khazanah alam yang tinggi nilaianya. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan Hutan Lipur ini. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Air Panas melalui Kg. Tenang. Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi.

9w2onk ~ 9w2dmg
9w2onk~9w2dmg~9w2xpt~9w2vzo
9w2vzo~9w2bpt~9s2ddk~9w2dmg~9w2onk
Sedapnya tinggal bekas dan kulit aja
9w2dmg~swal azj Juren~9w2vzo
9m2azz~9w2aoc~9w2abw~9w2ohm
Eyeball 9w2mnp di Lunas
Eyeball 9w2zhk di Kulim
EYE-BALL DENGAN RAKAN SIK DAN BALING DI BATU 8 WENG PADA MALAM 14 JULY 2009
![]()
EYEBALL BERSALAMAN RAKAN2 SIK DAN BALING
EYEBALL SEKALI LAGI RAKAN TAPING SEMASA HENDAK PULANG KE SELATAN
9w2abw~9w2dmg~swal azj Juren~9w2vzo
9w2occ~9w2vzo




