SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Monday, July 20, 2009

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DILOKALAN 9W2ABW ~ PANAS ADA SEJUK PUN ADA

PUSAT REKREASI AIR PANAS
Pintu Masuk Kolam Air Panas
Dahulu Sekarang
Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).

Penduduk berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina mejalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan Orang Asli mendiami sebahagian Besar Kampung-kampung berhampiran. Selain daripada itu juga di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga di pekan ini terdapat dusun buah mata kucing yang banyak.

Asal Usul

Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Kawasan tersebut telah dibuka oleh Tok Tenang. Tok Tenang seorang penghulu pada ketika dahulu. Beliau menjumpai ketika membersihkan kawasan hutan untuk tujuan membesarkan kawasan Kampung Tenang.

Kolam Air Panas terbahagi kepada 4 kolam dengan kedalam yang berbeza-beza. Kawasan ini sesuai dijadikan tempat beriadah seisi keluarga. Selain itu turut disediakan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, surau, tandas lelaki dan perempuan. Selain air panas, kawasan ini dikelilingi oleh tasik buatan.

Pekan Air Panas ini diambil bersempena dengan air panas yang terdapat disini. Pekan ini juga dikenali sebangai Tenang. Pekan ini telah dibuka pada hari Khamis, 3 Disember 1806. Nama Tenang telah diberi oleh penduduk pertama yang membuka tempat ini iaitu Tuan Haji Muhammad Arifin Bin Aladin atau juga dikenali sebagai "Tok Tenang". Namun begitu, pekan ini telah dengan rasminya dinamakan Pekan Air Panas.
Misteri Kolam Air Panas

Waktu yang tunggu sudah tiba. Tuk Tenang masih bersila lagi tanpa menghiraukan anak buahnya yang lain. Sebenarnya Tuk Tenang sedang memikirkan sesuatu. Dia harus membuat keputusan yang tepat. Setengah jam kemudian, Tuk Tenang kembali merenung anak-anak buahnya. Wajahnya kembai berseri lalu dia memberi sebuah senyuman kepada semua anak buahnya. Tuk Tenang mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan bumi Segamat.
Pada hari yang ditetapkan, bersiap sedialah Tuk Tenang untuk merantau bersama dengan 30 orang keluarga anak buahnya. Tuk Tenang sendiri membawa kelima-lima anaknya yang terdiri dari Halimah, Abu Soat, Shahabudin, Hassan dan Abu Bakar. "Tuk Tenang terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya, Segamat kerana dia merasakan dirinya sudah tidak serasi dengan bumi Segamat itu," ujar Haji Ahmad Layot merupakan salah seorang dari keturunan Tuk Tenang. Menurut Haji Ahmad Layot lagi, sehingga sekarang nama Tuk Tenang sentiasa menjadi kebanggaan penduduk Kampung Tenang. Malahan nama Tuk Tenang terus bersemadi bersama-sama dengan nama kampung tersebut. Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Lebih kurang 189 tahun yang lampau. Tuk Tenang membersihkan kawasan baru itu bersama anak buahnya. Pada mulanya bumi yang baru diterokai itu tidak begitu subur. Tuk Tenang yakin bahawa segala usaha yang dilakukannya akan mendatangkan hasil. Oleh kerana itu, Tuk Tenang bercucuk tanam dan bersawah padi di Kampung baru itu. Segala yang diusahakan memberi manfaat yang besar kepada mereka. Semua tanaman termasuk padi terus menjadi-jadi. Malah zuriat Tuk Tenang terus bertambah dan berkembang sehingga ke hari ini. Tuk Tenang sendiri menjadi penghulu di kampung tersebut. Dia yang mempunyai kepandaian dalam ilmu dunia dan akhirat, jadi tumpuan anak-anak buahnya, tempat mengadu dan meminta nasihat.
Pembukaan Kampung Tenang ini sering dikaitkan dengan penemuan sebuah kolam air panas. Tuk Tenang menjumpai kolam tersebut ketika sedang membersihkan kawasan hutan untuk membesarkan kawasan Kampung Tenang.Tuk Tenang mendapati seluruh kawasan kolam itu berair. Lalu dia mengambil kata sepakat dengan anak-anak buahnya untuk membuat sawah. Setelah membersihkan kawasan berair di sekitar kolam tersebut maka jadilah kawasan sawah. Lama-kelamaan Tuk Tenang mendapati di sekitar sawahnya mengeluarkan buih seperti buih air panas yang mendidih.
Akhirnya Tuk Tenang membiarkan saja kawasan itu dan menjadikannya sebuah kawasan kolam air untuk membasuh pakaian dan bermandi manda. Selain untuk kegunaan harian, mereka juga mempercayai air panas itu boleh memulihkan sebarang jangkitan penyakit kulit. Dipercayai air panas dari kolam itu juga menyegarkan badan. Kerana cerita-cerita itulah kolam air panas jadi tumpuan seluruh penduduk berhampiran.
"Ada juga pihak yang mengatakan, suatu waktu dulu, entah bila, sebuah kapal dagangan yang membawa belerang tenggelam di dasar kolam itu. Peliknya, di sekitar kawasan air panas itu tidak ada kesan-kesan yang kolam tersebut merupakan sebuah laluan sungai. Ini sukar untuk dipercayai," terang Haji Ahmad Layot dengan nada perlahan. Dia yakin dan percaya semuanya itu adalah cerita yang ditokok tambah.
Malah dalam sejarah pembukaan kampung tersebut menunjukkan yang kolam itu telah pun ada sebelum berlakunya Perang Jementah dalam tahun 1879. Mustahil pula ada kapal yang tenggelam di dasar kolam air panas itu diputar belitkan.
Sehingga sekarang, Kolam Air Panas, di Kampung Tenang terus menjadi misteri kepada penduduk sekitar serta orang luar. Apa yang disayangkan kolam air panas itu terus terbiar sepi tanpa perubahan. Beberapa tahun lalu ada juga pihak tertentu berusaha memulihkan kolam tersebut tetapi sekerat jalan saja. Namun sehingga ke hari ini, masih ada pelawat-pelawat dari jauh datang menjenguk kolam tersebut.
Sekitar kolam air panas itu sudah dipenuhi semak samun. Titi yang dibina sudah kelihatan usang tanpa dibaikpulih. Ini sungguh merbahaya jika tidak berhati-hati ketika menggunakannya. Keluasan kolam tersebut semangkin kecil disebabkan oleh rumput rampai yang tumbuh. Jika keadaan ini tidak diambil berat oleh pihak tertentu maka akan pupuslah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada penduduk Kampung Tenang sejak dari zaman pembukaannya.Sekurang-kurangnya Kolam Air Panas di Kampung Tenang Labis, Johor ini boleh dijadikan salah satu tempat kunjungan pelancong dari luar dan akan menambahkan satu lagi kawasan rekreasi negara.

Kemudahan yang disediakan

Dari segi kemudahan infrastruktur, terdapat beberapa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti Kolam Mandi, Taman Permainan, Wakaf, Surau,Tempat Meletak Kenderaan, Kiosk @ Gerai Jualan dan sebagainya.
Surau

Tampat Beriadah

Teman Permainan

Pembangunan Yang Sedang Dalam Perancangan

Sebanyak RM1 juta telah diperuntukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 ( RMK-9 ) bagi menaiktaraf Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis. Pada masa kini pembangunan fasa pertama sedang dijalankan . Perunding Biro Inovasi Dan Perundingan , Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dilantik sebagai juru perunding . Antara perancangan pembangunan di fasa ini ialah Taman Permainan Utama, Taman Semut dan Laman Nadir ( Dusun buah – buahan )
Pokok nam – nam, Pokok kerdas, Pokok Ara, Pokok Sukun, Pokok Cempedak, Pokok Nangka, Kasai, Pulasan, Rambutan, Mata kucing, Asam gelugur, Manggis, Kandis, Binjai, Asam kundang, Kuini, Gajus, Jambu Mawar, Salam, Jambu Bol, Jambu air, Asam Jawa, Jering dan Petai

Keistimewaan Kolan Air Panas

Mengubati pelbagai jenis penyakit kulit seperti Panau, Kurap, Gatal-gatal, Kudis Buta dan sebagainya. Mengubati sakit lenguh-lenguh badan dengan merendamkan diri di dalam kolam Air Panas. Kandungan mineral yang tinggi serta suhu air panas mencecah sehingga 42°C. Air sentiasa mendidih, ini dapat dilihat dari buih-buih gelembong panas yang terhasil di dalam kolam utama. Kolam Air Panas mempunyai keistimewahan yang tersendiri sama ada dari segi berekreasi atau dari segi perubatan kerana di kolam Air Panas terdapat empat kolam yang dapat memberi keseronokkan kepada pengunjung untuk merasai nikmat Kolam Air panas. Selain itu, Kolam Air Panas, Labis merupakan salah-satunya Kolam Air Panas yang terdapat di Negeri Johor. Oleh yang demikian, Kolam Air Panas dapat memberi lebih keseronokkan kepada pengunjung kerana ia berbeza dengan tempat-tempat perkhelahan dan rekreasi yang lain yang terdapat di negeri johor, mahupun di semenanjung Malaysia.

Aktiviti yang boleh dijalankan

  • * Perkhemahan
  • * Berkelah
  • * Lawatan pelajar-pelajar ( contoh: beserta gambar )
  • * Bermandi manda
  • * Beriadah Waktu Operasi dan Caj Bayaran Masuk
    Isnin - Jumaat ~ 3.00 p.m - 7.00 p.m
    Sabtu & Ahad ~ 7.00 a.m - 7.00 p.m
    Cuti Sekolah & Cuti Am ~ 7.00 a.m - 7.00 p.m

    Caj Bayaran Masuk ke Kolam Air Panas

    Kenderaan ~ RM 1.00
    Dewasa ~ RM 1.00
    Kanak-kanak ~ RM 0.50

    Kapasiti Pengunjung:Hari Biasa : mencecah sehingga 100 orang.Hari Minggu @ Cuti Umum : mencecah sehingga 300 - 500 orang.

    Selain itu, Pokok Periuk Kera banyak terdapat di kawasan hutan di sekitar Air Panas Labis. Nama botaninya ialah Nepenthes gracilis Korth (Nepenthaceae). Nama tempatannya pula dikenali sebagai Periuk kera. Akar tumbuhan ini digunakan sebagai ubat lelah oleh masyarakat melayu. Akarnya diasah dan mendidihkannya dengan air kemenyan putih dan ditapiskan sebelum diminum airnya. Menurut kata penduduk setempat, Pokok Periuk Kera tersebut boleh digunakan sebagai bahan atau bungkusan untuk sejenis makanan yang diperbuat dari pulut dan santan. Dimana, Ia digunakan sebagai salah satu hidangan utama di Hari Raya masyarakat tempatan di Pekan Air Panas, Labis.

TAKAR MERLUH KG. TENANG

'TAKAH MERLUH' (bahasa orang asli) adalah dua nama yang berasingan dimana takah bermaksud bekas air dan merluh pula bermaksud tertidur. Sejarah Air terjun TAKAH MERLUH bermula beberapa orang asli menemui kawasan air terjun tersebut yang berbentuk seperti takah. Suasana yang nyaman itu mereka tertidur.Berikutan peristiwa tersebut orang asli menamakan air terjun tersebut TAKAH MERLUH.
Air terjun TAKAH MERLUH terbuka untuk semua tanpa dikenakan sebarang bayaran dan sesuai dijadikan tapak perkhemahan.Setiap tahun ada sahaja aktiviti perkelahan peringkat daerah dan luar daerah diadakan disini. Kemudahan yang disediakan seperti tandas,bilik persalinan, pondok rehat, pondok solat, tapak perkhemahan dan tempat letak kereta. Jarak perjalanan antara Air terjun TAKAH MERLUH dengan pekan Labis adalah sejauh 17km sahaja. Air terjun TAKAH MERLUH telah di rizabkan sebagai Hutan Simpan Labis.
Hutan Lipur Takah Merluh di Hutan Simpan Labis yang merupakan hutan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang mempunyai pelbagai flora dan fauna. Tarikan utama hutan lipur ini adalah keunikan air terjunnya yang mempunyai terjunan air yang bertingkat dan tebing yang agak tinggi. Flora dan fauna yang belum diterokai dan kekal keasliannya menggamit untuk dikaji dan dikenali sebagai khazanah alam yang tinggi nilaianya. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan Hutan Lipur ini. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Air Panas melalui Kg. Tenang. Aktiviti riadah utama di hutan lipur ini ialah menjejak fauna dan menikmati keindahan alam semulajadi.

1 comment:

  1. Assalamualaikum sdr. Sejarah Tok Tenang yang saudara tulis tu salah sama sekali...Cth: Tok Tenang bukannya berasal dari segamat tetapi dari tanah suci Makkah kemudian beliau berhijrah ke Pagarruyong Indonesia barulah menyeberang ke minangkabau seterusnya terus mudik kekampung tenang melalui sungai segamat. manakala Abu Bakar pula adalah anak kandung Tok Tenang bukannya anak buah tok tenang seperti yang saudara tulis. Abu bakar atau tok Bakar merupakan orang kesayangan dan "Pawang" kepada Maharaja Sir Abu Bakar (Sultan Abu Bakar), Tok Tenang tidak pernah menjadi penghulu sebaliknya beliau adalah seorang yang Qoramah dan mulia makam kedudukannya... harap sdr. dapat merujuk fakta sebenar tok tenang dengan waris Belia Mohd Bahruddin Bin Ab. Ghani piut tok tenang yang merupakan generasi pewaris keturunan tok tenang kelima masih menetap di jalan mata kucing kampung tenang dan membuat pembetulan dalam blog ini..
    Ikhlas dari Saya Anak Jati Kampung Tenang.

    ReplyDelete