SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Thursday, July 16, 2009

KE UTARA BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG 11>15/07/09

Bertemu 9w2rie dihentian rehat Tapah


EYE-BALL RAKAN TAIPING DI KUALA SEPETANG SEMASA MENUJU KE UTARA

9w2dpt ~ 9w2onk ~ 9w2dmg 9w2onk ~ 9w2dmg

9w2onk~9w2dmg~9w2xpt~9w2vzo

9w2vzo~9w2bpt~9s2ddk~9w2dmg~9w2onk

Sedapnya tinggal bekas dan kulit aja

9w2dmg~swal azj Juren~9w2vzo

9m2azz~9w2aoc~9w2abw~9w2ohm

Eyeball 9w2mnp di Lunas

Eyeball 9w2zhk di Kulim

EYE-BALL DENGAN RAKAN SIK DAN BALING DI BATU 8 WENG PADA MALAM 14 JULY 2009




EYEBALL BERSALAMAN RAKAN2 SIK DAN BALING
  1. 9W2AXS ~ AMIRUL ~ SIK
  2. 9W2CGW ~ AZUAN ~ SIK
  3. 9W2RT ~ ABD RAHIM ~ SIK
  4. 9W2MCP ~ ISMAIL ~ SIK
  5. 9W2BLG ~ AFZAL NAEAM ~ BALING
  6. 9W2WRB ~ SHUKRI ~ WENG ROAD BALING
  7. 9W2OIB ~ SYAMSUDIN ~ SIK
  8. 9W2MPI ~ LOTFI OMAR (MAT PI) ~ SG LALANG SG PETANI (SIK)
  9. 9W2YQ ~ YAHYA ~ SIK
  10. 9W2GKL ~ FAKARURAZI MOHD NOOR ~ BALING
  11. 9W2LBB ~ ROSLAN ~ BALING
  12. SWAL ~ NURUL SITI AISHAH ~ KUPANG BALING
  13. 9W2ANI ~ ROHANI ~ KUPANG BALING
  14. 9W2DDW ~ NAJMUDDIN ~ KG WENG BALING
  15. 9W2HFZ ~ MOHD DZULHAFIZ ~ KE WENG BALING
  16. 9W2HZT ~ HAMZAH ~ KG TOK WENG BALING
  17. 9W2RDL ~ MOHD ROSNI ~ KG SRI KETENGGA BALING
  18. SWAK JAB ~ JOHARI ~ KELANG AIS BALING
  19. SWAL SCK ~ SHAHIDAN ~ KG CHAROK KAPAS
  20. 9W2AZR ~ AZHAR ~ BATU 5 SIK
  21. 9W2WRB ~ SHUKRI NIK ~ KM 5 JLN WENG
  22. 9W2WWP ~ M. HASSANIN SAID ~ KUPANG BALING
  23. 9W2CSP ~ SAIPOL ~ KUALA KETIL KEDAH
  24. 9W2IZM ~ SAZALI ~ SG DUA
  25. 9W2RXA ~ AHMAD ~ SIK
    Mana2 rakan yang tiada namanya di sini boleh infokan kepada saya boleh dimasukan kemudian ...

EYEBALL SEKALI LAGI RAKAN TAPING SEMASA HENDAK PULANG KE SELATAN

9w2abw~9w2dmg~swal azj Juren~9w2vzo 9w2occ~9w2vzo

Jam 6 pagi saya bergerak dari Labis terus ke Muar untuk mengambil XYL saya. Semasa dalam perjalanan,saya cuma memasuki jalur kormesial sahaja. Sesudah sarapan saya terus ke Melaka memasuki tol Air Keroh terus ke utara. Saya memacar ke LEDANG dapat qso 9w2bjs dan 9w2ddj. Saya terus melalui lebuh raya KLIA saya cuba memacar di jalur panjang tapi audionya tercopot-copot,saya masuk di RBC ada rakan menjawab panggilan saya 9w2par dan seterusnya 9w2gtr, 9w2mdy, 9w2lxn, 9w2rie dan 9w2why. Saya di infokan oleh 9w2rie hendak ke utara juga tapi 9w2rie baru hendak keluar dari Rawang manakala saya sudah jauh kehadapan 20km. Kata orang jodoh di tangan tuhan dapat juga bertemu 9w2rie di hentian Tapah. Saya meneruskan perjalanan ke Taiping dan bertemu dengan rakan di Taiping pula terus tango tango di Kuala Sepetang pekena mee udang disana. Selepas itu saya meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam dari Taping hujan turun dengan lebatnya sehingga ke Bukit Mertajam pada jam 0700 petang. Malamnya saya ke Taman Padang Serai Wangi 2 bermalam 2 hari di sana. Saya banyak memasuki di Repeater local Sg Petani dan malam tu ada net di kendalikan oleh 9w2hry masuk yg pertama audio tiada ton dan shift tak masuk saya ingatkan simplet dan masuk kali ke dua barulah 5 dan 9 no yg ke 14. Malam ke tiga saya bermalam di Bukit Mertajam pula dan didatangi pula 9w2mnp dan malam ke empat 14/07/09 di Jeneri dan pada malamnya ada eyeball dengan rakan Sik dan Baling dan sekitar dengannya. Pada 15hb saya mula bergerak balik ke selatan singah di Bukit Mertajam untuk mengambil barang-barang keperluan. Perjalanan lalu di Kulim saya di pukat oleh 9w2zhk. Bertolak dari BM jam 4 lalu di Juru nak cari warung Pak Su nak pekena mee ketam tapi sayangnya tak jumpa ikut GPS sama juga jalan lain yg di tunjuknya hingga tersasar jalan lama ke Ipoh. Nasib baik jumpa tol Jwi dan saya meneruskan perjalan dan sempat singgah di Taiping kali ke dua tapi kali ni ringan2 aja pekena laksa taiping tapi tak lama lebih kurang 2 jam saya bergerak balik ke selatan sebelum masuk tol di pukat dan bersalaman dengan 9w2zac sekejap aja. Dalam perjalanan tanpa henti terus ke selatan tiba Lebuh Raya KLIA saya masuk 9m4rbc disambut 9w2jiz dan 9w2rsy sampai laluan terputus, di laluan Air Keroh Melaka baru lah saya masuk jalur panjang ditemani oleh 9w2koo sehingga tiba ke Base Station jam 2.45pagi. Terima kasih kepada rakan2 di utara yg sempat eyeball. Bagi yg tidak sempat minta maaf banyak-banyak masa dan hari tidak mencukupi pada kali ini. Dan terima kasih sekali lagi pada rakan yg QSO di jalur utara sama ada di repeater atau simplet mana2 tersilap kata dan bahasa harap dimaafkan sekian 73
MAJLIS PERKAHWINAN DI TELOK WANG BUKIT MERTAJAM PADA 12 JULY 209
WALIMATUL URUS
Pada 12 Julai 2009
Bersamaan 19 Rejab 1430 Hijrah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bila mata dipertemukan, Bila hati disatukan. Ku mohon cinta dikekalkan……..

Tercium Wangi Salam Pertemuan
Termeteri Sillaturahim Ikatan Rohani
Setulus Hari Kami Undangkan
Sudikan Datang Merai Majlis Ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Segala pujian bagi Allah dan
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
Telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk
mematuhiMu, bersatu memikul dakwahMu, hati-hati ini
telah mengikat janji untuk mendaulat dan menyokong
syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dengan
Cahaya RabbaniMu, limpahan iman dan
Tawakkal kepadaMu, kekalkan jodoh……
Mohd Jefri dan Norhayati
Semoga diberi Rahmat keberkatan, kebahagiaan
Di dunia dan akhirat.

Syukur ke hadrat Allah……
Semoga dilaksanakan hajat meraikan tambatan hati,
Izin berwali, ijab bersaksi insan yang dikasihi.

~ Amin Ya Rabbal A’lamin ~









3 comments:

  1. Sayang sekali pak wahab,Banyak gambar tak jelas.tak dapat nak tengok gambar rakan. walau bagaimana pun tahniah atas usaha anda untuk mencari rakan-rakan.syabas

    ReplyDelete