SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Tuesday, July 21, 2009

EYE-BALL 9W2SDA ~ 9W2ABW DI LABIS 21/07/09

Pagi2 di jalur panjang kedengaran audio 9w2dsa QSO nak pi Johor Bahru ada tugasan disana. Semasa pergi ikut lebuh raya tak boleh berbuat apa2, balik tiba Yong Ping masuk tol ikut jalan lama saya pun pasang pukat nasib baik sangkut tapi dah lewat petang keja juga tak lah hampa penat pasang pukat seharian. Tiba di Labis dah jam 6 p.m saya mengajak 9w2dsa pekena roti canai dengan kari kambing untuk mengalas perut balik ke Kuala Lumpur. Jam 7.30 p.m kami berpisah di daratan tapi di udara tetap bertemu. Saya mendoakan semoga 9w2dsa selamat tiba destinasi yg di tuju tak tahu pula takut kena pukal pula oleh rakan2 di Segamat lagi. Jumpa dan jumpa lagi 73

No comments:

Post a Comment