SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2ABW (Nine Wishkey Two Alpha Bravo Wishkey)!

Saturday, June 27, 2009

RAJA SEHARI CIKGU MOHD KHIR PADA 27~06~2009

"Ya Allah Ya Tuhan Kami"
Rahmatilah & berkatilah kedua pasangan pengantin ini serta semoga keduanya hidup bahagia selamanya dimuarahkan rezeki mereka, panjangkan unur mereka dan hidup dalam peliharaanMu jadikan rumah tangga mereka seperti seindah rumahtangga Adam dan Hawa a.s, setabah Ibrahim & Hajar a.s, sebahagia Yusuf & Zulaikha a.s, sesetia Sulaiman & Balqis a.s, serta sesuci Muhammad s.a.w & Khadijah a.s, dekatkanlah mereka kepada kebaikan, jauhkanlah mereka kepada keburukan dan kurniakanlah mereka kesenangan di dunia dan akhirat.
"Amin Ya Rabbal Alamin"
curi-curi semasa dia nyam-nyam

9w2abw ~ 9w2moo dan SWAL kak nora

Bersama-sana rakan dari Segamat

Bersama-sama rakan-rakan Muar

Bersama-sama rakan Muar

9w2boo~9w2llb~9w2edo~9w2trr dari Segamat

Salam.... semua rakan-rakan saya dapat satu undangan majlis perkahwinan rakan radio kita masih SWAL lagi pada 27~06~09 di Kampung Kesang Tasik, Sungai Mati, Muar Johor. Ramai rakan-rakan yang hadir tapi ramai yang tak bertemu kerana nak cepat bergerak ke Melaka pula. Kita doa kan semoga berkekalan sampai ke anak cucu. 73

Wednesday, June 17, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKHAHWINAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.
Saya mewakali daripada 9w2wbp dan 9w2rmk menjemput kepada semua rakan2 ham di Segamat dan Labis seketar denganya ke base station yang terdapat pada kad jemputan.

Jemputan yang empunyai diri 9w2rmk pada 28 Jun 2009 bersamaan 5 Rejab 1430 Hijrah di Lot 2310, Batu 20 1/2 Jeram, 45800 Kuala Selangor, Darul Ehsan


Jemputan Adik kepada 9w2 wbp pada 12 Jul 2009 bersamaan 19 Rejab 1430 Hijrah di Dewan Orang Ramai Yong Peng, Batu Pahat, Johor


Wasalam, sekian 73

Saturday, June 13, 2009

TERLANTAR DI HOSPITAL SEGAMAT 09 ~ 12/06/2009

Assalamualaikum, kepada rakan2 ku semua pada 09/6/09 pergi ke Hospital Segamat rutin biasa cuma badan letih dan tak bersemangat nak melakukan kerja2 seharian. Pergi cuma minta ubat sahaja tapi lain jadinya di tahan wad 3 . Ingatkan 1 atau 2 hari tunggu punya tunggu lain macam aja Dr tak berkata apa2 pada saya. Oleh kerana terlalu lama berada di wad jadi terpaksa minta izin untuk keluar awal dari tarikh yg diberikan oleh Dr. Rayu punya rayu dapat juga keluar pada 12/6/90 jadinya 4 hari juga saya berada di Wad. Sekian Wasalam 73
Semasa rakan2 datang melawat 9w2tcd sempat merakam gambar semasa di wad untuk dijadikan kenangan abadi.


Pada 12/06/09 saya dibenarkan keluar dan terus ke Muar menjemput XYL. Setibanya di Muar saya terus ke Tanjung Mas dan menaiki bot bersama harmonic untuk menenangkan fikiran.

Friday, June 12, 2009

KENANGAN SEMASA KONVOI UTARA/PANTAI TIMUR KE SEGAMAT ~ 07/06/2009

Berita Di Sinar ~ Konvoi Utara Selatan
Di ambil dari blog 9w2hlm

Bersama 9w2zxz
Bersama 9w2als
Bersama 9w2onk
Bersama 9w2occ
Bersama 9w2hlm
Bersama 9w2sqv di Batu Pahat
Hadapan 9w2abw~9w2ibs~9w2abv
Belakang 9w2xco~9w2tbd~9w2alj
9w2koo bersama 9w2dmg


9w2skm ~hs9kkx ~ 9w2alj bersama rakan dari Pantai Timur
9w2abw ~ 9w2zet ~ 9w2hlm ~ 9w2als ~ 9w2zxz
Rakan2 ham dari Utara~Tinur~Melaka dan N9
Sebelum bergerak ke Batu Pahat sempat bergambar beramai cuma yg ni aja nak bergambar yg lain dengan Eyeball tak habis2 lagi.

Friday, June 05, 2009

UNDANGAN KE MAJLIS EYEBALL BERSAMA RAKAN2 UTARA / TIMUR /TENGAH / N9 / MLK

Di jemput kepada semua peminat-peminat radio amatur yang bercallsign dan swal-swal di dalam Daerah Segamat supaya hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini yang julung-julung kalinya di adakan di selatan Johor.

Tarikh : 07.06.09 ( ahad )
Qth : Pusat ko-kurikulum ( cawangan segamat ) bersebelahan Sek Dato Bentara Dalam Segamat.
Ketibaan konvoi : Dijangka 11.00 pagi
Kekuatan konvoi : 70 jalopy

Jemputan ini terbuka kepada semua rakan-rakan yang menyertai mana-mana persatuan radio amatur di Malaysia ataupun rakan-rakan dari kelab radio komersial. Inilah masa dan ketikanya kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Di sini juga saya membuka peluang kepada mana-mana rakan Daerah Segamat yang berminat untuk menyertai terus konvoi ini ke parit raja Batu pahat, sila berhubung dengan 9w2imn untuk urusan pengesahan sebelum 07.06.09.

Bagi rakan-rakan yang berkelapangan di jemput hadir pada 06.06.09 ( sabtu ) untuk majlis gotong royong


Ucapan tahniah juga di ucapkan kepada 9w2zxz ( saudara azam~Timbalan pengurus Astra Johor ) di atas kelahiran harmonic yl pada 04.05.09 jam 12.30pm di Hospital Sultanah Aminah Johot Bahru.

73.

Salam hormat penuh takzim dari :
9w2imn
Setiausaha konvoi Utara / Timur ke Selatan Daerah Segamat / Selatan.

Thursday, June 04, 2009

KENJUNGAN 9W2DMA DI BASE STATION PADA 04 JUN 09


Assalamualaikum
Sekali lagi bertemu lagi dengan 9w2dma Dato Roslan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing ikut jalan lama saya pukat semasa lalu Labis. Pukat mengena terus bawa ke Base Station saya di Pekan Air Panas, Labis.
Sekian Wasalam 73

Monday, June 01, 2009

JADUAL PERJALANAN KONVOI RKN2 UTARA / TIMUR KE SELATAN NEGERI JOHOR DARUL TAAZIM ~ 07.06.09


SCHEDULE PERJALANAN KONVOI UTARA / TIMUR KE SELATAN NEGERI JOHOR DARUL TAA’ZIM


NO : MASA : LOKASI :

1. 08.00 AM / 09.00 AM ~ KONVOI AKAN BERGERAK DARI MELAKA MENUJU KE SEGAMAT MELALUI LEDANG / TANGKAK ~ JEMENTAH DAN BANDAR SEGAMAT.
( PIC : 9W2IMN / IMAN ~ SEGAMAT ).

2. 10.00 AM / 11.00 AM ~ KONVOI DI JANGKA TIBA DI SEGAMAT BERTEMPAT DI PUSAT KO-KURIKULUM / SEK MEN KEB DATO BENTARA DALAM.

ALAMAT ~
PUSAT KO-KURIKULUM,
SEK MEN KEB DATO BENTARA DALAM,
JALAN GENUANG, SEGAMAT,
JOHOR. / LOKASI ~ ( N 02’ 29.626 / E 102’50.561 ).

STANDBY FREQ ~ LOCAL REPEATER SEGAMAT / SIMPLEX
9M4RSG / 147.650 T.88.5 M.0.600
SIMPLEX V18
( PIC : 9W2RSY / RISI ~ SEGAMAT ).
( 9W2SHN / SALIM ~ SEGAMAT ).

- Majlis suaikenal / ramah mesra / makan tengahari.
- Solat Zohor.
- Ucapan dari Pengurus Astra Negeri Johor Darul Taazim.
- Ucapan wakil konvoi.
- Penyampaian cenderahati / sijil penghargaan.
- Forum Majlis Tertinggi Astra Pusat bersama Astra Johor Darul Taazim.
- Majlis bergambar
- Majlis bersurai.
( PIC : 9W2IJN / IZAN ~ SEGAMAT ).
( SWAL LIN ).


3. 02.00 PM / 03.00 PM ~ KONVOI AKAN BERGERAK DARI SEGAMAT MENUJU KE BATU PAHAT MELALUI LABIS ~ CHAAH ~ YONG PENG ~ AIR HITAM DAN PEKAN PARIT RAJA.
( PIC : 9W2ABW / PAK WAHAB ~ SEGAMAT )
( PIC : 9W2BRA / ADIF ~ BATU PAHAT ).

4. 04.00 PM / 05.00 PM ~ KONVOI DI JANGKA TIBA DI PEKAN PARIT RAJA BERTEMPAT DI KUARTERS PERTANIAN PARIT RAJA, BATU PAHAT.

ALAMAT ~
KUARTERS PERTANIAN PARIT RAJA,
PEKAN PARIT RAJA,
BATU PAHAT,
JOHOR.

STANDBY FREQ ~ SIMPLEX V56
( PIC : 9W2BPQ / KAK RAHMAHWATI ~ BATU PAHAT ).

- Majlis suaikenal / ramah mesra / minum petang
- Majlis bergambar
- Majlis bersurai.
- ( PIC : 9W2BPQ / KAK RAH ~ BATU PAHAT ).


5. 06.00 PM / 06.30 PM ~ KONVOI AKAN BERGERAK DARI PEKAN PARIT RAJA MENUJU KE PEKAN AIR HITAM ( membeli cendermata / aktiviti bebas ) SETERUSNYA MEMASUKI PLAZA TOL AIR HITAM / KLUANG MENUJU PULANG KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.
( PIC : 9W2BRA / ADIF ~ BATU PAHAT ).

PERJALANAN KONVOI TAMAT DI SELATAN TANAH AIR. RAKAN- RAKAN SELATAN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN DAN BERHATI-HATI SEMASA DALAM PERJALANAN.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Sebelum terlambat saya ucapkan Kepada semua warga pendidik, rakan-rakan serta bekas guru-guru di seluruh negara khususnya yang melayari Blog ini, yang pernah mengajar diri ini satu masa dahulu saya sekeluarga mengucapkan "SELAMAT HARI GURU". Semuga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan beramal.

Jasamu Ku Kenang.....Terima Kasih...Cikgu.


Teringat masa dulu-dulu semasa di bangku sekolah seminggu sekali di adakan perhimpunan semestinya murid-murid menyanyikan lagu negeri dan sekolah sebelum guru-guru berucap.

BANGSA JOHOR

Allah peliharakan Sultan
Anugerah kan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Dan naungkan kami
Rakyat dipimpini
Berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati Allah
Berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

LAGU SEKOLAH

"KESUNGGUHAN KUNCI KECEMERLANGAN"

Kami putera puteri Negara jaya
Berwawasan dan berikrar
Majukanlah bangsa di bumi bertuah
Tegakkan daulat pasti jaya
Demi masa depan yang cemerlang
Tekad teguh kami sandang
Daya usaha gigih akan jadi amalan
Jangan jemu walau kecundang
Marilah kawan, ayuh kita teruskan
Tak kenal jemu kita maju
Negara jaya tetap kita dirikan
Bangsa maju kita pacu
Demi masa hadapan
Akan kita pastikan
Kesungguhan Kunci Kecemerlangan
Pasti kita jaya
Maju terus maju
Sekolah . . . . . . . . . . . . . .

Thursday, May 14, 2009

EYEBALL BERSAMA 9W2DMA DI LABIS JOHOR



Pada 14 Mei 2009 jam 3.00 petang dapat panggilan dari 9w2dma Dato Roslan dalam perjalanan dari Segamat ke Keluang, Johor. Perjalananya melalui Labis, apalagi pasang pukat sangkut dapatlah bergambar itu pun tak lama ada tugasan yang lain perlu diselesaikan di Keluang.

Wednesday, May 13, 2009

KE KUALA LUMPUR


Bersama 9w2rro di Jalan Kuching, KL

9w2dpt ~ 9w2abw ~ 9w2wmt ~ 9w2pga di Sg Besi


XYL 9w2abw ~ 9w2pga di Restoran Anjung Selera, Sg Besi, KL






Eye-ball Restoran Anjung Selera Sg Besi, KL

Pada 13 Mei 2009 jam 07.00 pagi saya bersama XYL bertolak dari Labis, Johor ke Kuala Lumpur. Semasa dalam perjalanan saya di temani oleh rakan-rakan QSO di jalur panjang (ASTRA) iaitu 9w2ibs~9w2ooa~9w2prp~9w2pdt~9w2kkd~9w2ji~9w2zzd. Setibanya di Tangkak saya berhenti bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Apabila memasuki Lebuh Raya Utara Selatan saya masuk semula ke jalur panjang dan QSO pula bersama 9w2moo~9w2aif~9w2sda~9w2rro~9w2lxn~9w2eja~9w2mhg. Sekitar jam 11.30 pagi saya tiba di Tol Sg Besi, kemudian saya terus memasuki Jalan Duta untuk ke Jalan Kuching. Disana saya di pukat oleh 9w2rro tetapi cuma sekejap aja kerana ada tugasan yang belum diselesaikan. Selepas itu saya bertolak ke DBKL Jalan Ipoh tetapi tersalah jalan saya cuba memacar Repeater 9M4RBC dan 9w2rro sebagai pemandu arah ke Jalan Ipoh semula. Selepas itu saya ke Lokasi Base Station kedua saya di Permata Fadason Jalan 2/17, Off Jalan Kepong,KL. Setelah selesai tugasan saya bergerak ke Bandaraya ke Jalan Mesjid India kerana XYL hendak membeli barang keperluannya. Lebih kurang jam 01.00 petang hujan turun dengan lebatnya ,disana saya menerima banyak SMS dari rakan-rakan untuk Eye-ball tetapi saya terpaksa menolaknya kerana tiada masa nak cepat balik itu pun 9w2dma dan 9w2mhg ajak bersama balik ke Selatan itu pun tak kesempatan mereka dah bergerak dahulu. Pada rakan-rakan Markas W70 Damansare....... terima kasih saya ucapkan. Semasa berangkat pulang ke Johor sempat singah di Bandar Tasik Selatan 9w2pdt dan di Sungai Besi kerana sehaluan. Lebih kurang 5.40 petang saya bertolak dari Kuala Lumpur dan menuju ke Johor. Beberapa gambar yang sempat saya rakam semasa eyeball.
Sejarah Kuala Kumpur.

Pemandangan bandaraya Kuala LumpurKuala Lumpur (Jawi: كوالا لومڤور) (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada rumah beratap rumbia kepada bangunan moden seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi kawasan seluas 243.65 km2 dan terbahagi kepada 3 daerah : Kuala Lumpur (pusat bandar) Cheras SetapakDari segi Geografi, kedudukan sebenarnya adalah 3°08Utara, 101°42 Timur. Kuala Lumpur dahulunya merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Dijadikan Wilayah Persekutuan sejak tahun 1972 dan diasingkan daripada negeri Selangor.Bangunan Sultan Abdul Samad.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga boleh dibahagikan secara politik kepada 11 kawasan parlimen :- Bandar Tun Razak Batu Bukit Bintang Cheras Kepong Lembah Pantai Segambut Seputeh Setiawangsa Titiwangsa Wangsa Maju.
Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur mempunyai rangkaian jalan raya komprehensif yang menghubungkannya ke destinasi lain di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang tunai ataupun melalui sistem pembayaran elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch 'n Go.Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan terbang utama serta Lapangan Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi, kereta api dan kereta api. Sistem rel cepat di Kuala Lumpur terdiri daripada Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian Keretapi Tanah Melayu.Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di Malaysia

Saturday, May 02, 2009

EYEBALL BERSAMA 9W2IWM~9W2BHL~9W2MDY DI SEGAMAT

Assalamualaikum

Sekali lagi pada 02 Mei 2009 dapat Eyeball dengan orang jauh yang datang ke Segamat. Saya dari Base di Labis pergi ke Segamat menghantar XYL balik ke Muar dalam perjalanan kedengaran Audio 9w2iwn Iwanuddin di Repeater Local Segamat QSO sama 9w2imn. 9w2pck, 9w2koo dan saya masuk dan terus pasang pukat dan sangkut di Medan Mara Jln Muar hadapan Hospital lama. Semasa eyeball bersama 9w2wmz Abg Wan sekejap aja kerana ada tugasan lepas tu didatangi pula 9w2bhl Mohd Farid tango-tango sekali. Dalam diam-diam rupanya 9w2knz Rizal ada di Segamat tapi tak dapat pukat dia cuma 9w2mdy Mahadi di Dataran Segamat sempena Karnival Jom Centre tapi Abg Madi sebenarnya terlibat dalam acara motocross di Segamat juga. Untuk info rakan-rakan semua abg Madi kehilangan beg duit. Semasa kejadian dia tidak tahu semasa tango-tango di Segamat Corner semasa di situ dia perasan beg duit tiada didalam poket seluarnya,puas saya dan abg Madi mecari disepanjang laluan ketempat tango-tango tak jumpa juga dan terus membuat laporan kehilangan ke balai polis segamat malam tu juga. Abg Iwan balik awal ada hal penting perlu diselesaikan. Pada malam tu saya balik, jejak kepagi juga saya tiba di Base.

Sekian Wasalam 73









9w2mdy ~ 9w2abw






9w2bhl ~ 9w2abw


9w2pck ~ 9w2bhl ~ 9w2hpo ~ 9w2mdy ~ 9w2imn ~ 9w2abw

Thursday, April 30, 2009

EYEBALL BERSAMA 9W2MUC DI BASE STATION 9W2HSM

9w2hsm ~ 9w2muc ~ 9w2abw
di Base Station Pak Hasnan
9w2alj ~ 9w2abw

9w2muc ~ 9w2abw




Kpd teman-teman yg Menjenguk Blog ini. Gambar kenangan semasa 9W2MUC Abg Syahrul bersama keluarganya datang ke Segamat sempat Eyeball di Base Station 9W2HSM Abg Hasnan pada 30 Apr 2002 jam 1pm. Saya sebelum tu terima sms yg mengatakan dah berada di base 9W2LNT Kak Lina di Palong Saya pun terus pasang pukat nasib baik sangkut di Base Abg Hasnan selepas Round Table pekena nasi berani gam saya meneruskan perjalanan ke Muar untuk tugasan yg lain pula.

Wasaiam, semua 73

Wednesday, April 29, 2009

SALAM TAKZIAH UNTUK 9W2TBA


Ucapan Takziah ditujukan kepada Pak Din 9W2TBA atas pemergian bonda tercinta yang telah meninggal dunia pada hari Selasa 28 April 2009 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama roh-roh insan yang soleh dan solehah. Semoga kita ditemukan di padang mahsyar dan tergolong dari kalangan orang yang memasuki SYURGA idaman hamba. Insya Allah.
Al-Fatihah........ untuk roh Allahyarhamah bonda 9W2TBA dan semua roh muslimin dan muslimah seluruh dunia. AMIN...

Friday, April 10, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH

Assalamualaikum

Salam Sejahtera

Kepada rakan2 semua saya minta maaf kerana semenjak kebelakangan ni saya agak QRL dok berulang alik ke HOSPITAL dari BASE STATION. Pada 02 Apr 09 yang lepas saya membawa Ibu Tercinta ke Klinik Pekan Air Panas, Labis untuk membuat pemeriksaan mingguan. OT saya ada masalah dalaman tetapi tak tahu pula dah parah. DR yang membuat pemeriksaan telah memberi tahu pada saya yang OT saya di tahan dan di hantar ke Hospital Segamat dan di masukan ke Wad 4. Bermula hari itu lah saya berulang alik tiap2 hari macam dah jadi BASE STATION ke 2 pula. Pada permulaannya ada nampak perubahan tetapi masuk hari ke 4 OT dah mulai menurun kesihatannya. Masuk hari ke 5 OT dah mulai tak sedar (koma) sehingga hari ke 7 keadaanya bertambah teruk DR kata dah tak boleh buat apa2 lagi paru2nya sudah dijangkiti kuman hingga masuk dalam saluran darah dan terus makan ke dua buah pinggang. Pada 9 Apr 09 pagi saya mendapat pangilan dari Hospital mengatakan OT dalam keadaan tenat dan menyuruh saya datang ke hospital dengan segera. Saya memberitahu saudara mara yang terdekat untuk pergi ke hospital tapi ALHAMDULILLAH umurnya masih panjang lagi. Tetapi tak lama selepas itu, saya harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan turun di tengah hari kerana tepat jam 8 malam pada 09 Apr 09 OT menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi saya. Bermula dari itu saya kehilangan seorang Ibu Tercinta.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang sudi menghantar sms TAKZIAH kepada keluarga saya dan tak lupa juga menerima panggilan dari rakan2.

9w2aly ~ Ali
9w2dxl ~ Din
9w2alj ~ Azman
9w2mjn ~ Mohd Jan
9w2cdj ~ Din
9w2koo ~ Khamis
9m2aur ~ Aimil
9m2azz ~ Azhar
9w2btu ~ Kak Miah
9w2bhl ~ Farid
9w2ase ~ Joe
9w2jsy ~ Jamain
9w2pck ~ Choy
9w2rlw ~ Anuar
9w2mhx ~ Hemi
9w2mfw ~ Fadzal
9w2rhh ~ rahman
9w2occ ~ Hisham
9w2Riy ~ Nazari
9w2btc ~ Faizal
9w2aph ~ Fauzi
9w2jm ~ Jaini
9w2mno ~ Md Noh
9w2esm ~ Syamsul
9w2lby ~ Bai
9w2llb ~ Malazlan
9w2skg ~ Sakrani
9w2ase ~ Joe
9w2bhl ~ Farid
9w2rlw ~ Anuar
9w2acx ~ Acik
9w2hsm ~ Hasnan
9w2lvr ~ Lan
9w2edk ~ Edy
9w2jbi ~ Jamil
9w2kkd ~ Alias
9w2btc ~ Faizal
9w2tou ~ Razib/Tok Uban
swal ~ Ali dari Muar
swal ~ Johari dari JB
swal ~ Atan/Kak Zah dari Kuala Rumpin
swal ~ Sallih dari Labis
swal ~ Farid dari Muar
swal ~ Aziz dari Segaamat
swal ~ Wan dari Segamat


Kepada rakan2 semua saya minta maaf banyak-banyak kerana banyak lagi nama2 yang tidak dimasukan kerana terpadam SMS dan ada juga menerima SMS yang namanya tidak diketahui.

Mari lah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Ibunda saya semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh Amin.

Tuesday, April 07, 2009

KENANGAN LALU

Semasa Eye-ball bersama dengan rakan-rakan tak kira 9w2 atau SWAL aku tak melepaskan peluang mengambil Images mereka tapi peralatan aku tak cangih sangat cuma gunakan HandSett sahaja itu pun di waktu siang dan terang kalau malam minta maaf aja lah. Mana rakan-rakan yang tiada di dalam ini saya menyusun jari sepuluh minta maaf sekali lagi Images hilang dalam simpanan.

SWAL ~ Badrul ~ Labis

SWAL ~ Zul ~ Labis

9w2zt ~ Saidin ~ Kepala Batas

SWAL ~ Nurul/Iria

9w2alj ~ Azman ~ Labis

9w2imn ~ Iman ~ Segamat

9w2ddj ~ Din ~ Segamat

9w2cab ~ Abu Nawar ~ Segamat

9w2jng ~ Jimmy ~ Segamat

9m2kma ~ Dr Khairudin ~ Mudazam Shah

9w2rtt ~ Remon ~ Segamat

9w2koo ~ Khamis ~ Segamat

9w2kka ~ Asro ~ Ulu Kinta

9w2ze ~ Zack ~ N/S

9w2kkk ~ Kusaini ~ Sik

9w2onn ~ Din ~ Melaka

9w2jnn ~ Anis ~ Melaka

9m2aur ~ Aimil ~ Melaka

9w2sgt ~ Kusairi ~ Segamat

9w2jek ~ Zaki ~ Keluang

9w2xld ~ Sah ~ Keluang

9w2ris ~ Hj Rais ~ JB

9w2ecg ~ Ew Chee Cuan ~ Batu Pahat

9w2jm ~ Jaini ~ Batu Pahat

9w2exe ~ Hazlee ~ Batu Pahat

9w2myt ~ Yusof ~ Pontian

yf5nz ~ Pak Boy ~ Pasir Pangang KARIMUN

9w2khz ~ Rizal ~ NS

9w2rzl~ Razal ~ Termeloh

9s2kvv ~ Kadir ~ Melaka

9w2skm ~ Sukiman ~ Labis

9w2tou ~ Tok Uban ~ Kuala Rompin

9w2btu ~ Kak Miah ~ Kuala Rompin

9w2lim ~ Muslim ~ NS

9s2abz ~ Hj Abd Aziz ~ NS

yg5ysn ~ Yusran ~ Tanjung Balai, KARIMUN